Wednesday, September 30, 2009

STATEMENT: Pendirian ikhlas The Unspinners mengenai Omar Ong

Kami terbaca tulisan A Voice sini mengenai pandangannya tentang perlantikan Omar Ong sebagai Pengarah dan rancangan untuk meletakkannya sebagai President/CEO Petronas.

Macam-macam pandangan mengenai perlantikan Omar Ong sudah diutarakan sejak berita ini diketahui ramai. Kami The Unspinners akui dan hormati kuasa Perdana Menteri untuk mengemukakan nama sebagai Pengarah Petronas. Kami juga faham bahawa Lembaga Pengarah bertanggungjawab menerima syor nama tersebut. Jika tidak bersetuju, mereka harus mengambil jalan yang terhormat untuk meletak jawatan.

Namun kami tidak lupa dan masih memegang kata-kata Dato Seri Perdana Menteri tentang kesediaan untuk menerima pandangan dari orang bawah dan marhaen cacai seperti kami ini. Dato Seri pun pernah kata pemimpin-pemimpin perlu rajin mendengar kerana kerajaan tidak semestinya tahu segala-galanya.

Pada kami The Unspinners, perlantikan Omar Ong tidak sesuai dan patut dibatalkan. Dia terlalu rapat dengan Dato Seri dan akan menimbulkan syak terhadap Dato Seri. Kami rasa pengganti untuknya banyak boleh dijumpai dalam negara. Lani orang yang lebih hebat dari Omar ada banyak di Malaysia.

Kami mahu berterus terang tanpa berlapik-lapik lagi dengan Dato Seri.

Petronas adalah suatu organisasi yang menyimpan banyak maklumat. Mereka amat berhati hati dalam hal ini. Kami tau orang-orang berlatarbelakang dan profil tertentu saja bolej join jabatan tertentu. Terus terang kami kata, Omar Ong tidak akan dapat masuk bekerja sebagai pegawai biasa pun dalam jabatan-jabatan yang kami tidak sebutkan itu.

Bila Dato Seri letak Omar Ong sebagai Pengarah, maknanya dia akan dapat banyak maklumat. Dia mudah kelentong orang bahawa dia orang Dato Najib dan akan minta macam-macam info. Orang terpaksa kasi dan bocorlah rahsia kerajaan dan biznes petronas.

Kami sedar Dato Seri boleh kata dia pernah bekerja di pejabat Dato Seri. Maka dia telah lepas security check. Begitu juga depa di Tingkat 4 dulu.

Lagi pun rahsia pun sering terbocor dari pejabat-pejabat Menteri. Tapi dari Petronas, ia amat terjaga dan tidak pernah terbocor. Meletakkan seorang yang penuh misteri dan kesangsian seperti Omar Ong mejemput kebocoran rahsia kerajaan kepada pihak2 tertentu dan mungkin sekali musuh negara.

Kami juga sangsi dengan latarbelakangnya. Walaupun Omar Ong berkahwin dengan wanita Melayu, dia masih bukan Melayu atau Bumiputera. Omar berbangsa Cina. Ibunya berbangsa Cina dan bukan berugama Islam. Bapanya Mustafa Ong, yang fasih bercakap dan kelihatan macam Melayu masih berbangsa Cina.

Dari siasatan yang kami buat bapanya masih pekat dan kuat semangat Cinanya. Tanpa segan silu, dia pernah menasihati anaknya dalam satu Majlis supaya mengingati dan jangan tinggalkan asal usul kaumnya. Sebagaimana kita fahami, kebanyakkan kaum Cina lebih pekat kesetiaan perkauman dari kesetiaan kepada Malaysia negara yang mereka anggap sebagai negara mereka.

Bukan kami lakarkan semua kaum CIna sedemikian tetapi itu hakikat amnya. Ahli politik seperti dari DAP berkokok mengenai Malaysia dan Bangsa Malaysia tetapi itu hanya luaran. Sebenarnya itu hanya alasan untuk menuntut lebih hak dan kepentingan bagi kaum mereka untuk memonopoli apa yang dapat mereka kuasai. Bila monopoli tercapai, mereka akan hanya penting kaum mereka dan mengenepikan hak dan kepentingan laum lain.

Kami tidak yakin lagi dengan semangat patriotisma Omar Ong terhadap Malaysia. Kami percaya dia tidak peduli agenda untuk menaik taraf dan memperbaiki keadaan kaum Bumiputera yang terbanyak di negara ini? Lebih menakutkan, Omar lebih mementingkan agenda luar negara dan menjuarakan ide, pemikiran dan gagasan dari luar negara. Omar pernah terlibat dengan kumpulan yang menulis majalah Ethos yang mana kumpulan itu dipersoalkan patriotisma mereka dan dipercayai menjuarakan agenda asing.

Itu yang kami khuatiri.

Duit Petronas itu bukan hanya duit DAto Seri atau Lim Kit Siang atau Hasan Merican atau Agong. Itu duit kami semua rakyat malaysia. Ia hanya patut diberikan keapda mereka yang boleh dipercaya dan tidak ada latarbelakang yang boleh dipersoalkan dari kejujuran dan mesti seorang yang patriotik tanpa ada agenda lain.

Kami mohon maaf kepada Dato Najib kerana terlalu ikhlas dalam pandangan kami. Dato Seri boleh mengenali Omar Ong dalam pejabat atau dirumahnya tapi jauh dari pandangan Najib, tidak semua diketahuinya. Kadang-kadang pegawai kerajaan takut nak beritahu perkara sebenar kepada Dato Seri yang sudah mengkagumi Omar Ong.

Kami percaya Omar Ong amat cekap bercakap, berhujah dan tidak kurang mengampu orang besar-besar. Maka dia mudah dikagumi. Orang yang hebat depan orang besar tapi depan orang biasa sombong dan bisa dalam kata-kata adalah orang yang bermuka-muka dan tidak ikhlas. Seringkali orang sedemikian adalah bahaya kerana ada agenda sendiri.

Apakah karakter sebenar Omar? Maka perlulah dia diselidiki halus-halus latarbelakangnya dan tidak diambil enteng. Tanya pada kawannya dan juga musuhnya. Tanya pada rakan bekerja, biznes dan pesaingnya. Tanya pada rakan sesekolah, seUniversiti, kaum keluarga dan terutama rangkaian sahabat peribadi Omar. Baru boleh Dato Seri benar-benar tahu siapa Omar sebenarnya.

Dari Kami The Unspinner, rakyat yang mencintai tanahair.

17 comments:

  • Grand Marquis says:
    September 30, 2009 2:59:00 PM GMT+08:00

    Tulisan A Voice itu ada rasionalnya. Tapi tulisan anda ni semata-mata berdasarkan sentimen perkauman.

    Anda seperti tidak dapat membezakan antara Melayu dan Islam. Semangat perjuangan assobiah itu lebih kuat dari semangat Islam sampaikan nak terima atau tolak seseorang itu semata-mata kerana kaum dan keturunannya, walaupun orang itu jelas beragama Islam.

    Saya, walaupun tidak menyokong PR, tetapi merasa amat jelek dengan tulisan ini. Ia jelas menunjukkan perjuangan assobiah yang melebih perjuangan untuk Islam.

  • Anonymous says:
    September 30, 2009 3:04:00 PM GMT+08:00

    Saudara seperjuangan:
    Terima kasih dan sanjungan saya di atas Statement Sdr.
    Cukup lah,saya tak dapat tambah lagi, atau tak mampu nak pilih ayat ayat yang baik,kata kata Sdr itu,hanya sokongan saya 100%.
    Terima Kasih.
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

    ps."will he listen to us ?"
    "what if he become CEO? ","apa akan kita kata ketika itu"
    "who watch the watchman"

  • PUTRA MERDEKA says:
    September 30, 2009 3:29:00 PM GMT+08:00

    bro! najib dengar ker? rosmah baca ker? elis faham ker? fathmi dan shafie terima ker?
    teruskan berkata benar bro!

  • Anonymous says:
    September 30, 2009 4:03:00 PM GMT+08:00

    hai best betol masuk oxford bleh pegang jawatan besar...cam taik..

  • Anonymous says:
    September 30, 2009 4:42:00 PM GMT+08:00

    PM Najib nak dengar ke? Tgkla pencalonan di Bagan Pinang, pendapat setempat diambil kira berbanding pendapat keseluruhan rakyat Malaysia berkenaan calon yg rasuah...TDM dah bagi nasihat pun x dengar, apatah lagi kita rakyat biasa, itu semua retorik semata-mata..."rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" rakyat yang mana???

  • Salam Perjuangan says:
    September 30, 2009 5:18:00 PM GMT+08:00

    Salam Perjuangan

    Rasanya Omar Ong ini yang buat taik... masa tu masa dia buat keje dengan Tan Sri Yusuf Noor... tahun 90an kut masa Tan Sri Menteri ke timbalan menteri...

    betul lah kata penulis mulut dia manis macam gula... mengampu wah maha hebat, bab bodek jgn cakaplah... hebat berhujah dan personaliti nampak korporat & intelektual tu yg org kagum kut...

    masa tu dia buat cerita fitnah pada SUSK Tan Sri Yusof Noor sampai org Tan Sri tak percayalah pada SUSK dia tu walhal dah kenal SUSK dia tu 15 tahun dan baru kenal Omar Ong tu 2 tahun ke gitu... perh dahsyat racun dia ni... lepas Tan Sri tau serita sebenar dia mula jauhkan diri tapi biasalah omar ong pandai dia mengaku arahan org tu la ini lah untuk maintain relationship...

    rasa-rasa elok penulis selaku org lama klu ada contact dgn tan sri yusof noor dan susk dia tanya utk dptkan fakta betapa bahayanya omar ong ini...

    selisih malaikat 44 kalau omar ong naik jahanam PETRONAS... apapun suruh Bahagian Keselamatan Negara, Risik Tentera & SB buat tapisan betul2... dulu lepaskan sbb DS Najib nak dia sgt...

    silap2 Omar Ong talam 1000 muka...

  • Semerah Padi says:
    September 30, 2009 6:24:00 PM GMT+08:00

    Entah! Saya semakin sangsi dan terpinga-pinga tentang hala tuju DS Najib.

    Tak lama dulu, ianya melibatkan perkara-perkara yang kononnya menjadi "keistimewaan orang Melayu" digugurkan satu persatu dalam pembaharuan DS Najib.

    Belum puas lagi memujuk rayu kaum China (yang nampaknya ingin terus kekal jadi China, bukan jadi org Malaysia) dengan gula-gula, terdengar pula memujuk rayu kaum India pula (yang ingin terus kekal identiti India nya) sampai ada terdengar DS Najib nak beri bantuan penuh kepada semua sekolah SRJK(T)yang ada di bumi ini sedangkan sekolah-sekolah SRJK ni terang-terang tidak memberi sumbangan kearah pencapaian Satu Bangsa Malaysia.

    Orang Melayu begitu cepat diseret ke mahkamah dalam isu kepala lembu, walhal derita orang Melayu Shah Alam dek gangster (yang merupakan masalah sebenar disebalik isu kepala lembu) sudah sekian lama ditanggung.

    Tidak cukup dengan hanya jaminan mulut "watch me do it" sedangkan halatuju dan visi DS Najib/1 Malaysia nya masih agak terlalu kabur.

    Sungguh saya tidak faham dengan DS Najib dan saya rasa bukan saya seorang yang berperasaan begini.

  • Anonymous says:
    September 30, 2009 7:19:00 PM GMT+08:00

    Jika DS Najib tidak menggugurkan Omar dari Petronas, maka... sejarah Perdana Menteri Malaysia perlu mengundurkan diri akan berulang...

  • Anonymous says:
    September 30, 2009 9:15:00 PM GMT+08:00

    Alamak...

    Bole caye ke mamat ni??
    Dah selidik habis ke mamat ni??
    Jgn kerana semangat 1 malaysia nnt syarikat kebanggaan kita lenyap..
    Dah takdeke Melayu Islam yg lebih baik dari mamat ni..

    Fikir-fikirkanlah....

  • Anonymous says:
    September 30, 2009 10:54:00 PM GMT+08:00

    Saudara semerah Padi,
    saya kangum ngan komen anda.
    saya ingat saya sorang yang pening.
    Ade nak tolong oarng Melayu:
    Sokong TabungHj melabur harta tanah di England dan EU.
    Sokong Felda bagi bonus Raya.
    Sokong PNB tamabah Saham 1Malaysia 5 billion unit.(lepas di ambil kuota Melayu jual kat cina.
    Sokong CIMB(bank Bumi) masuk Singapore.
    Sokong Mayban)MalayBank) beli saham Indon 9 billion(terlebih 1.2 billion)
    Sokong Liberalisasi bagi peluang firma peguam melayu pembankang joint ngan firma asing.
    Sokong syarikat Melayu buka loji loji bengkil kimpalan dan kapal di kuantan.
    Buka skim PERMATA.
    Ade lah dapat jugak sikit, bukan langsung tak dapat.
    Yang tersurat.
    Kalu kita berdua aje komen kerana pening, apa akan jadi ?
    "nothing".
    "will he listen?"
    TDM punye nasihat pun tak pakai di Bagan Pinang..
    "who will watch the watchdog ?
    changkat lobak.
    arjuna waspada

  • Singh Is Kinng says:
    September 30, 2009 11:11:00 PM GMT+08:00

    What is the basis, the merit and the reason that enable this young chap to be elected as Director of Petronas?

    History tells us that KJ has done enough damage, so don't let history repeat itself!!!

  • Anonymous says:
    October 1, 2009 12:17:00 AM GMT+08:00

    saya ingat pm kena dengar suara rakyat dalam hal ni...rakyat hormati kuasa yang ada pada pm didalam perlantikan lembaga pengarah dan juga ceo petronas tetapi pm kena prihatin...walaupun oo "mungkin" pada pendapat pm, meyerlah didalam mengubal strategi, tetapi banyak lagi pekerja dipetronas lebih bijak dan arif didalam mengubal strategi perniagaan petronas...well trained strategies.. kejayaan petronas jadi bukti. aku rasa ts hassan dan lembaga pengarah bukan nak lawan pm tetapi sayangkan petronas sumber rezeki negara sekarang dan masa depan. kalau pm rasa ts hassan kena diundurkan demi maruah nya..gantikan dia dengan orang yang lebih berwibawa dan terbukti berjaya (ada rekod) dengan kejayaan pengurusan korporat2...berlambak..saya kuatir jika pm meneruskan hasrat untuk oo ambil alih petronas, ia menjadi titek tolak angapan negatif terhadap kebijaksanaan pengurusan pm. pm tak payah nak ada baggage yang macam ini. kalau dato seri pm mungkin terhutang budi kapa oo atau famili nya, balas lah dengan cara lain. dato seri should not this risk of appointing oo to manage petronas..this is suicidal..aku rasa sedih kalau dato seri pm "failed" because of this decision..beg dato seri pm to rethink...pleaseeeee...

    x-petronas

  • Anonymous says:
    October 1, 2009 7:02:00 AM GMT+08:00

    ada orang tu tak faham apa melayu apa islam nak cakap pasal assobiah! pigi dah!.

    teruskan bro unspnrs. kita lihat betul tak suara rakyaat diutamakan atau suara rakyaat mansor yg diutamakan.

    corr.

  • ismadi says:
    October 1, 2009 7:37:00 AM GMT+08:00

    Unspinners pun... kalau nak dedahkan pasal Omar Ong, dedahkan lah semua. Ini apabila dibaca hanya suruh Tok Najib fikirkan semuala tapi tak ada apa apa cerita cacat cela mengenai Omar Ong tu.

    kATA dR mAHATHIR RAMAI YANG TIDAK SUKAKAN DIA KERANA DIA BERCAKAP BENAR.

    So, Unspinners, bercakap benar dan dedahkan apa yang anda tahu berkenaan Omar Ong ni. Tak payah minta maaf banyak sangat kat Tok Najib dalam artikel you ni kerana pendedahan anda sebenarnya masih bukan pendedahan lagi.

    Keep it up.

  • Anonymous says:
    October 1, 2009 12:24:00 PM GMT+08:00

    ikut je cakap najib.kalau dia makan taik pun org umno kena ikut makan taik.najib takkan buat keputusan yang salah.najib bijak dan cerdik.

  • Anonymous says:
    October 1, 2009 5:27:00 PM GMT+08:00

    ini keputusan najib.dan selaku pm kita keputusan beliau harus dituruti.pantang melayu derhaka kepada pemimpin.

  • Average Joe says:
    October 3, 2009 3:27:00 PM GMT+08:00

    @ anon 1 oct 5.27 pm

    Pantang Melayu derhaka kepada Sultan, bukan kepada mana2 pemimpin lain.

fda