Monday, September 28, 2009

BAGAN PINANG: Calun PAS baiah yang boleh tercerai isteri talak tiga


PAS sedang memikirkan siapa calun BN untuk dipadankan dengan calun mereka di Bagan Pinang.

Kalau Isa Samad, siapa lawannya. Anak Isa, siapa pula lawannya. Kalau bukan kedua-dua, lain pula. Mana satu calun yang boleh menembus kem tentera yang ada 5 ribu undi. Calun mana yang boleh menarik penyokong UMNO dan lain-lain perkiraan.

Memilih itu satu bab. Satu lagi bab yang PAS sudah syaratkan kepada calun mereka begitu seram dan serba salah untuk menerima. Sesiapa yang bertanding untuk PAS wajib berbaiah kepada Tok Guru Nik Aziz dan PAS walaupun apa sekali pun berlaku.

Baiah walaupun PAS akhirnya mengembangkan ajaran Kristian kepada penganut Islam melalui pembelaan penggunaan istilah Allah di gereja. Tak kira PAS akhirnya mempertahankan polisi menjual arak kepada orang Islam. Tak kira PAS akan lebih membela rumah berhala dari mengekalkan keamanan dan kedamaian penganut Islam mengamalkan agama Islam. Tak apa jika daging lembu diharamkan makan terhadap orang Islam. Nik Aziz wajib di baiah walaupun dia akan mengaku dirinya tuhan macam Firaun dengan keupayaan untuk tentukan siapa boleh masuk Islam dan sembahyang diterima.

Calun PAS perlu bersumpah setia kepada PAS tak kira apa pun berlaku. Sesiapa yang engkar akan secara otomatik terjatuh talak toga terhadap isteri masing-masing.

Perkara ini diperakui oleh ADUN-ADUN PAS yang sudah menyampah dengan gelagat Pakatan Rakyat yang menghina ugama Islam dan bangsa Melayu. Mereka tidak dapat berbuat apa kerana sudah terikat pada perjanjian perkara yang harus tetapi dikatakan sah.

Isu ini harus diketengahkan oleh akhbar media utama. Wartawan patut tanya kepada calun PAS samada perkara ini betul atau tidak. Dapatkan penafian dari mereka. Jelas-jelas kami mahu mereka menafikan. Kami mahu dengar Nik Aziz, Hadi Awang dan Pak Lebai-Lebai ini menafikan.

Kenapa mereka patut nafikan? Jeng jeng jeng ...

5 comments:

  • pikirpikir says:
    September 28, 2009 4:00:00 PM GMT+08:00

    Undi tentera sekarang di tangan Zahid Hamidi.

    Boleh percaya ke? Haha

    -pikirpikir-

  • decoy says:
    September 28, 2009 4:41:00 PM GMT+08:00

    tak payah la bermusuh dgn pas, memang undi pas tak akn berpaling pada umno punye...pkr tu yg patut ko target...hati org pkr ni tak tetap sebab pkr tu sepihan umno...perasaan sayang kat umno tu ada lagi.

  • Anonymous says:
    September 28, 2009 4:47:00 PM GMT+08:00

    Tengok la seantero dunia. Belum bertanding dah buat fitnah yang tersangat la bangangnya. Dulu PR bangsat dah dapat 2000 undi masa PRU12 pun tak bersyukur lagi. Ingat la abang2 perangku, yang telah mengundi PR dulu insaflah kerana telah terbukti pemimpin PR ni pemikirannya memang tahap bangsat yang tak tau buat kerja pembangunan untuk rakyat. Dapat 5 negeri, sume hancur. Selangor yang dulu kaya raya dah nak papa kedana. Yang si bahalol ni tau buat kontroversi, ceramah sampai pagi sambil tunggang beer (dulu haram, kini tok2 guru dah halalkan dah...), sokong geng kongsi gelap, usung gambar anak ke hulu ke hilir minta simpati macam orang lain tak mati anak, makan duit rakyat, atur strategi biar sentiasa ada PRK, fitnah tahap bangang, janji macam2 seolah2 dia TUHAN....

    -pikirpikir-

  • Anonymous says:
    September 28, 2009 5:33:00 PM GMT+08:00

    aku sayang islam melayu...tak suka tengok islam melayu berpecah belah mcm ni. setiap org ada buat silap. jgn di hina org lain.. mcm kita tak pernah buat silap. salah silap yg kecil2 jgn di besarkan....kalau terlalu keras kutuk dan hina kesilapan org....org yg nak dekat pun lari terus jauh2 nanti. menulis lah dgn ikhlas...tegur mana yg tak betul...bukan dengan niat nak menjatuhkan maruah...nanti org benci..! ini pesanan utk diri aku dan semua.

    shah..

  • Anonymous says:
    September 28, 2009 9:43:00 PM GMT+08:00

    iyaa mereka berbaiah...kalau aku masuk umno maka akan cerai talak tigalah dengan bini aku sipolan dgn sipolan .... aku lafaz dgn kesedaran bla bla... sambil ada saksi hidup, siap sign dokumen hitam putih.

    x-pas
    bagan lalang

fda