Saturday, August 29, 2009

UNSPIN: Bicara Sept 3hb, tapi Anwar nak lengahkan


Kes liwat Anwar disambung 3 September

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini menetapkan 3 September untuk menyambung hujahan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonannya bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya hari ini selepas mendengar hujah permulaan peguam Anwar, R Sivarasa.

Bercakap kepada pemberita, Sivarasa berkata hujah yang dikemukakan lebih bersifat teknikal dan merit berhubung permohonan itu.

"Kami juga memberikan alasan kenapa pihak pembelaan meminta seluruh pasukan pendakwaan dilucutkan kelayakan mereka," kata Sivarasa.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun berkata beliau akan memaklumkan Pejabat Peguam Negara untuk mengemukakan bantahan awal berhubung permohonan tersebut.

Pada 11 Ogos lalu, Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya, menyatakan "wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah" sebagai satu daripada alasannya.

Beliau menamakan Peguam Cara I, Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan "main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya."

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.


Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Mahkamah Tinggi menetapkan 2 September bagi sebutan perbicaraan kes liwat itu. - Bernama

14 comments:

  • kluangman says:
    August 29, 2009 3:29:00 PM GMT+08:00

    Nasib baik dia tak minta tukar malaikat kiri dan kananya..

  • Anonymous says:
    August 29, 2009 4:07:00 PM GMT+08:00

    "Jika takut tanggung risiko, usah bicara soal perjuangan" - anon

  • Anonymous says:
    August 29, 2009 5:13:00 PM GMT+08:00

    Hello Sivarasa puki, dah tentu pasukan "pendakwa" hendak mendakwa Anwar. SEMESTINYA BERAT SEBELAH LAH. Apa bodoh punya Lawyer serta orang yang guna alasah "berat sebelah". Dah tentu Anwar hendak didakwa kerana jenayah sodomi

  • TokAyah says:
    August 29, 2009 5:50:00 PM GMT+08:00

    APA KATA NIK AJIS, HJ HADI, NIZAR ZAMRUD PUTUSKAN BUANG SEMUA PEGUAM PENDAKWA DAN BUANG SEMUA PEGUAM PEMBELA SEMUA TAK LAYAK BARU ADIL NAMANYA DAN TAK BERAT SEBELAH..........PAS TU SURUH AL JUBURI BERSUMPAH LAKNAT......HAI DAH TERANG DAN JELAS LAGI NYATA..............

  • Anonymous says:
    August 29, 2009 6:45:00 PM GMT+08:00

    sejak dia keluar penjara macam macam huru hara berlaku

    semoga kebenaran dapat ditunjukkan melalui kes liwat ni

    kemudian hukuman yg adil harus dijatuhkan supaya Malaysia aman kembali

  • The 6th Musketers says:
    August 29, 2009 7:01:00 PM GMT+08:00

    Sekarang Anwar hidup dalam ketakutan...
    Bayang-bayang pun dikatakan hantu.

  • abuarif says:
    August 29, 2009 7:08:00 PM GMT+08:00

    ISU sekarang mencari KEBENARAN KES nampak sangat ALjuburi dah terdesak...Kalau tak salah apa nak takut..semua the best Putaralam lawyer dah ambil jadi PEGUAMBELA .......Kau nak APA LAGI ANUAR ALJUBURI??? Sudah banyak kerosakan terhadap bangsa dan agama yg kau telah lakukan.....memang benarlah kau ni tali barut YAHUDI dan ejen Amerika kerana apa yg berlaku sejak keluar kurungan menyebabkan sekarang umat melayu sengketa sesama saudara dan islam menjadi lemah itulah agenda yahudi............renungkanlah

  • Anonymous says:
    August 29, 2009 11:17:00 PM GMT+08:00

    benda ni dah jadi academic, kalau anwar cuba cari ruang dgn gunakan alasan executive order yg di kenakan bagi pihak gani patail oleh pak lah.

    anwar juga kena paham, zaman najib arahan lama pak lah tu dah tak boleh dipakai. jadi anwar dah tak boleh lagi berselindung dan spin. kene gi mahkamah juga.

    anwar tau kalau geng2 pendakwa ni yg handle kes dia, jgn harap dia boleh menang, letak 10x kapral, 10x param pun sure kalah.

    tgk pada barisan peguan anwar pun mereka dah dijangka nak cuba cari kesilapan technical. raja aziz tu walaupun cuping telinga dia besar tapi dia cuma smart in technical error. kes dulu pun dia kalah.

    param hanya digunakan utk imej anwar di barat dan jadi saluran istimewa CIA.

    yg lain2 kapral cuma puppet politik dan tugas2 khas utk mensensasi mcm tugas govind bagi kes teoh.

    bukan nak cari kebenaran sangat pun....

    so kita akan lihat barisan pelawak2 sarkas anwar akan beraksi nanti.

    Salleh.

  • Anonymous says:
    August 30, 2009 12:42:00 PM GMT+08:00

    Di Solat Jumaat di Masjid Ubuddiah Tasik Ampang,ade tazkirah sebelum Khutbah di mana penceramah marah kegunaan istilah "pengkhianat bangsa" yang di tujukan kapada Anwar.
    Bolih terima kemarahanya.
    Tapi penceramah itu telah menyamakan perbuatan khianat bangsa dengan kononnya Nabi Muhammad adalah pengkhianat kapada bangsa nya iaitu Khuraish.
    Dua kali si pencaramah sebut itu.
    Adakah si penceramah itu mengakat Anwar se taraf dengan Nabi Muhammad ?
    Si pencaramah terus peranan khatibb dan imam Solat Jumaat.
    Tak pernah saya dengo Nabi Muhammad di sebut sebagai pengkianat bangsa olih mulut penceramah ugama lain.
    Kesian si penceramah.
    chnagkat lobak.
    arjuna waspada.

  • Anonymous says:
    August 30, 2009 12:58:00 PM GMT+08:00

    kenapa tak panggil mangsa mangsa anwar yg lalu

    minta pada mereka supaya menjadi saksi dlm mahkamah

    kemudian beri keterangan yg jujur dan benar mengenai tabiat sidia ni

    mungkin juga kak wan dan anak anaknya

  • cekodokmasin says:
    August 30, 2009 4:18:00 PM GMT+08:00

    Salam tuan,
    Pendakwa berat sebelah? Pembela tak berat sebelah? Masing2 nak menang bicarakan... Kenapa tak tukar hakim sebab takut berat sebelah? pasti lepas ni minta tukar hakim pula.. Tulur sudah kecut maaa...

  • Anonymous says:
    August 31, 2009 12:47:00 AM GMT+08:00

    MUHAHAHHAAH
    TANYA JE LINGAM SIAPA MENANG SIAPA KALAH. BUANG MASA NAK BICARAKAN..
    WALAU BAGAIMANAPUN AKU TETAP SOKONG DATO SERI ANWAR IBRAHIM DAN MEMANG CUKUP TIDAK SERONOK KERANA ADA SEGELINTIR BLOGGERS HARAM NI YANG CUBA MENGAIBKAN NAMA BAIK BAKAL PERDANA MENTERI KE 7 DAN YG TERAGUNG. KALAH MASUK JEL SAMA NGAN MANDELA YG KELUAR JEL DAN TERUS JADI PRESIDEN AFRIKA SELATAN. BUKAN DSAI TAK TAHAN DIKHIANATI OLEH PUAK GEROMBOLAN, DIA TAHAN, HANYA GEROMBOLAN JE YANG TAK BOLEH NAK MENANDINGI SATU DATO SERI ANWAR WALAUPUN SEGALA KUASA ADA PADA JELMAAN JELMAAN JIN JIN GEROMBOLAN
    HE HE HE HE

  • Anonymous says:
    August 31, 2009 2:07:00 PM GMT+08:00

    chairman kaga dah jadi anon??

    ceramah basi - tak laku lah

    suruh anwar angkat sumpah saperti saiful

    barulah rakyat yakin dan percaya

    senang je tak payah nak gaduh gaduh buang buang duit kan kan

  • Anonymous says:
    September 1, 2009 9:06:00 AM GMT+08:00

    Anwar cari lawyer2 yang Tua2, supaya tengah bicara, mati sorang, kes mintak tangguh lagi.

    Sambung bicara, sorang lagi lawyer tua dia mati, maka kes akan tangguh lagi sampai ler dia sendiri jadi tua dan dia pulak mati!

    KARUT

fda