Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Wednesday, July 29, 2009

UNSPIN: RPK sedang reka spin berkenaan handphone Teoh

RPK sedang berpura-pura cute. Bakat untuk putar alam terserlah dari masa bayi

Oleh Teruna Kelana

Raja Petra sudah termalu. Teori dia mula-mula kata Teoh Beng Hock dicampak keluar oleh SPRM tak popular. Dalam dongengnya, dia kata Teoh merayu-rayu jangan diapa-apakan. Hanya pengikut taksub yang gila saja yang percaya teori dia.

Lani takdak siapa cerita pasal teori RPK. Tiada yang menyeksakan RPK lebih dari bila dia tidak mendapat perhatian ramai. Membunuh jiwa raga.

Itu yang dia gostan balik untuk membangkitkan isu mengenai handphone Teoh. Untuk menjadikan putarbelit barunya menjadi dan boleh memperdaya orang ramai, dia bentangkan petikkan undang-undang. Macam real aja bunyi.

Hangpa baca sepenuhnya sini. Kita gentleman dan sedia kasi link. Bukan macam RPK pengecut yang tak mau kasi link ke The Unspinners dan kasi orang luaq masuk komen ke MT. Oghang pengecut cabut lari.

Cerita dia mudah aja. Dia saja tuduh Teoh masih berada di bawah custody SPRM masa kematiannya. Konon nak beri tekanan SPRM tunjukkan bukti apa-apa surat yang tunjuk Teoh dah dilepaskan. Lani SPRM simpan lagi dan tak mau tunjuk. Dimainkan cerita handphone yang konon dipegang oleh pegawai SPRM.

Kita The Unspinners sudah dedahkan bahawa talipon bimbit berada pada Teoh tetapi tertinggal diluar beg haversack di tepi sofa. Masa polis mai siasat, depa tak sedaq handphone dan hanya dijumpai pegawai SPRM kemudian lalu diberikan polis.

Itu semua tak penting. Yang penting apa terkandung dalam handphone dan laptop dan apa yang akan dijumpai forensik. Kita tau Ronnie Liu sudah api-apikan keluarga Teoh untuk tuntut balik laptop dan handphone balik. Kenapa gabra Ronnie? Takkan tak tahu segala bahan bukti akan disimpan polis hingga kes habis.

Ini mesti ada spin yang sedang direka oleh RPK untuk alihkan pandang atau discredit finding forensic. Kita tunggu aja apa hikayat terbaru RPK lepaih dengaq sedikit-sedikit Public Inquery hari ini.

2 comments:

  • This comment has been removed by the author.
    keris panjang says:
    July 29, 2009 at 2:07:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by the author.

  • Anonymous says:
    July 29, 2009 at 7:27:00 PM GMT+8

    sapa nak percaya rpk tu ....ckp mulut bau calsberg.....

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)