Greetings

Tuesday, July 28, 2009

UNSPIN: Minta tangguh 2 minggu tapi tuduh pendakwaraya lengahkan bicara


Oleh Teruna Kelana

Anwar tuduh pendakwaraya melengah-lengahkan kes. Padahal siapa tak tahu sudah setahun Anwar berhelah-helah dan bermain wayang melengahkan kes. Baca berita berikut yang disiarkan di blog Anwar Ibrahim sendiri:

Pendakwaraya Masih Enggan Menyerahkan Bukti, Sengaja Menangguhkan Kes

Malaysiakini.com Julai 24hb 2009

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan pendakwaraya menangguhkan dahulu penyerahan dokumen berkaitan kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim, sementara menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap perintah tersebut.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Dian membenarkan permohonan pendakwaraya itu pagi ini.

Pendakwaraya memohon penangguhan penyerahan dokumen itu atas alasan:

1) Perintah mahkamah supaya menyerahkan dokumen tersebut kepada tertuduh mempunyai implikasi dan kesan, bukan sahaja terhadap kes liwat tersebut, tetapi juga kes-kes jenayah yang lain.

2) Ia akan mengelak rayuan pendakwaraya di Mahkamah Rayuan daripada menjadi akademik, kerana ia membabit persoalan perundangan tertentu.

3) Perkara memberi salinan kenyataan saksi kepada Anwar, membabitkan persoalan undang-undang yang perlu diputuskan terlebih dahulu oleh mahkamah rayuan, sebelum Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan kes tersebut.

Tetapi Anwar sendiri ada menuduh pendakwaraya sebagai angkuh dan zalim memprotes permohonan Anwar untuk dapatkan dua minggu untuk mencari pengganti Sulaiman Abdullah. Benda macam ini yang dalam hak mereka sebagai pendakwaraya pun dituduh angkuh dan zalim?

Kalau dah ada 7/8 orang peguam dan pohon dua minggu tangguh, siapa yang main wayang sekarang? Apahal pun Anwar dapat lagi masa hingga September 2hb. Sukalah tu.

3 comments:

  • Anonymous says:
    July 28, 2009 at 8:39:00 AM GMT+8

    heh heh

    where did you get the photo?

    it's soooo apt

  • Parpu Kari says:
    July 28, 2009 at 9:38:00 AM GMT+8

    YANG PELIKNYA ADA LAGI SPESIS BAHALOL YANG DOK PERCAYA KAT AL JUBURI WALIWATI NI..

    AKU NAK NASIHATKAN SIKIT JE PADA GOLONGAN TAKSUB NI, BERTAUBATLAH!

  • Anonymous says:
    July 28, 2009 at 10:19:00 AM GMT+8

    Maha Munafiq yang tak dak orang boleh lawan punya..kaki kelentong seantero dunia..orang 'matang pauh pon dah mula cakap-cakap pasai hang dah nwar oiii...buta-buta dulu pon dah start dok nampak..


    ex-pkr penang

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)