Sunday, July 26, 2009

UNSPIN: Khalid sedia korbankan nyawa blogger T4TBH


Oleh Teruna Kelana

MB Selangor, Khalid Ibrahim pinta penulis blog T4TBH laporkan kepada pihak berkuasa tentang apa-apa penyelewengan dan bukan dedahkan dalam blog. Konon dia mengalu-alukan tindakan mendedahkan penyelewengan.

Dia juga kata, "Kalau berlaku penyelewengan, tanggungjawab masyarakat bukan menulis dalam blog saja tetapi bawa ke pihak yang perlu ambil tindakan. Saya memang galakkan usaha itu tetapi pada saya ada kalanya cerita dalam blog tidak semestinya seratus peratus benar."

Bunyi macam istilah kerajaan BN yang selalu suruh ikut saluran tertentu. Katanya Pakatan Rakyat akan lebih telus dan responsive kapada sebarang aduan penyelewengan. Kononnya tidak perlu dedahkan di blog dan mengusahkan politiknya.

Saluran untuk mendedahkan termasuklah media yang bebas yang mereka perjuangkan konon. T4TBh lakukan cara terselamat untuk melakukan pendedahan melalui secara anonymous melalui media baru.

Dia tahu kebanyakkan ahli politik Pakatan Rakyat, terutama Anwar Ibrhaim tidak boleh ditegur dan tidak boleh disiasat. Mereka ini maksum macam Nabi Muhammad. Menegur dan mendedahkan kelemahan mereka adalah dosa. Tentu rakyat biasa tidak boleh ditegur. UMNO yang kuat dan berkuasa pun takut nak tegur. Mereka akan adakan ceramah satu negara dan putarbelit maklumat untuk salahkan orang lain.

Betulkah Khalid lebih terbuka kepada kritikan, teguran dan pendedahan tentang penyelewengan?

Khalid sedang dan sudah disiasat mengenai penyelewengan-penyelewengan yang antara lain pembelian lembu untuk kawasan Bandar Tun Abdul Razak, dan pembaikan kereta peribadi menggunakan dana negeri. Semasa SPRM dedahkan sedang membuat penyiasatan terhadap Khalid, dia telah menyaman malu SPRM. Bukankah itu bertujuan untuk menyusahkan urusan SPRM? Itu juga menunjukkan Khalid tidak boleh disiasat. Cepat dia gunakan kuasa peguam untuk selamatkan dirinya dari disiasat.

Rakan satu parti pun tak boleh tegur. Itu ynag berlaku pada Azmin ali. Segera dilepaskan anjing-anjingnya, Theresa Kok dan Ronnie Liu untuk menyalak kepada Azmin mempertahankan Khalid.

T4TBH baru dedahkan sedikit saja dan begitu cepat saja dia tuduh blog itu mempunyai tujuan tertentu. Macam mana dia tahu dengan tulisan yang hanya jelas mahu mendedahkan apabila apa-apa berlaku pada Teoh Beng Hock? Samada betul atau salah, tiada siapa dapat tahu? Kenapa Khalid boleh cepat buat tuduhan sedimikian?

Konon dia minta suruh blogger yang mungkin juga rakan baik Teoh Beng Hock tampil ke hadapan. Gilakah Khalid untuk suruh mereka tampil ke hadapan? Kalau Teoh Beng Hock yang menjadi saksi untuk pihak SPRM boleh mati dengan penuh misteri, pastilah 'rakan Teoh' tidak mahu dedahkan diri.

Bolehkah ada jaminan keselamatan jika ahli-ahli exco Khalid dmempunyai talian dengan kongsi gelap? Lama kelamaan akan diketahui mereka. Akhirnya nyawa mereka pula diragut. Langsung dia tidak fikirkan nyawa seseorang.

Jelas sekali Khalid sanggup lakukan apa saja demi politik untuk mempertahankan kerusi MB dan rakannya yang terlibat dalam kongsi gelap.

5 comments:

  • DozzVader says:
    July 26, 2009 at 7:38:00 PM GMT+8

    Bro,Si khalid ni poyo jer..tak caya cuba tengok pandangan beliau tentang apa-apa isu..mesti bercakap macam orang bangang..ntah apa-apa yang dia merepek ntah.Bosan aku kalau dengar cakap.

    YB Khalid..sila dapatkan rawatan dihospital yang berdekatan,ok?!

  • Muhd Aizuddin says:
    July 26, 2009 at 8:09:00 PM GMT+8

    ...terutama Anwar Ibrhaim tidak boleh ditegur dan tidak boleh disiasat. Mereka ini maksum macam Nabi Muhammad. Menegur dan mendedahkan kelemahan mereka adalah dosa. Tentu rakyat biasa tidak boleh ditegur. UMNO yang kuat dan berkuasa pun takut nak tegur. Mereka akan adakan ceramah satu negara dan putarbelit maklumat untuk salahkan orang lain...

    Perenggan di atas dalam posting kali ni membayangkan Nabi Muhammad itu maksum adalah sesuatu yang negatif dan tidak disukai.

    Maybe tuan blog boleh edit posting supaya tidak disalah ertikan orang yang punya maksud berbeza :-)

  • IPOHMALAY says:
    July 26, 2009 at 10:21:00 PM GMT+8

    kalau demer boleh huru harakan negara dengan penipuan di blog-blog menjelang pru12... BODOH bagi mereka untuk melatah apabila mereka dihuru-harakan dengan KEBENARAN yang datang melalui blog-blog..

  • mrfeusted says:
    July 27, 2009 at 10:59:00 AM GMT+8

    lihat sahaja harakah memanipulasi isu ini..dan tak sabar untuk tengok.......MARI KITA LIHAT,SIAPA YANG KENA....

  • jamilkucing says:
    July 27, 2009 at 7:19:00 PM GMT+8

    tok sah layan flinstone tu ...yaa bedabeduuuuu

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)