Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Tuesday, July 28, 2009

NEWS: Arahan 'pertama' papa-san Ronnie sebagai exco: Lanjut waktu siber kafe

Pilihanraya umum adalah pada Mac 8hb 2008. Dalam lebih kurang sebulan, terlantiklah Ronnie Liu menjadi ahli exco kerajaan negeri Selangor. Peralihan kuasa dan pembiasaan dengan tugas-tugas dan jurang kuasa memakan masa sebulan dua.

Sebaik saja kuasa di tangannya, antara arahan pertama Ronnie adalah untuk membantu kawan-kawannya. Pada pertengahan bulan Jun 2008 keluar arahan supaya jangan mengambil tindakan ke atas pusat-pusat siber dan kafe siber di Selangor yang melampaui waktu.


Alasannya adalah pihak kerajaan sedang mengkaji untuk melanjutkan waktu hingga ke pukul 3 pagi. Ini yang pelik. Belum pun berkuatkuasa, tetapi sudah dibenarkan pusat-pusat ini melampaui waktu.

Bukan ada baiknya dibuka pusat-pusat sedemikian hingga lewat pagi. Ia menggalakkan anak-anak muda keluar lewat malam dan bersengkang mata hingga pagi. Dan juga menjadi masaalah sosial dikalangan anak-anak muda.

Dikebanyakkan bandaraya-bandaraya besar dunia, kebanyakkan premis perniagaan termasuk disko dan pub yang buka malam tutup pada pukul 11. Tetapi lain sungguh di Malaysia.

Sesiapa boleh faham siapa kebanyakkan tuanpunya pusat siber. Perniagaan macam video games, permainan pinball, slot machine, VCD haram, dan lain-lain yang melibatkan hiburan dikuasai kongsi gelap atau ada talian dengan kongsi gelap. Pengusaha yang tidak terlibat akan terbuka kepada rompakan dan lain-lain masaalah.

Sudah tidak terselindung Ronnie membantu rakan-rakan kongsi gelap. Jangan hairan kalau ini adalah arahan pertama sebagai exco adalah untuk membantu kawan-kawan kongsi gelap.

Peliknya, sekarang pusat siber buka hingga ke pagi. Apa sudah jadi dengan arahan sampai pukul 3 pagi? Adakah penguatkuasa dilarang menjalankan tugas?

3 comments:

  • Anonymous says:
    July 28, 2009 at 12:39:00 PM GMT+8

    Strategi biznes Lonnie Lewd mula dgn siber kafe, lepas tu dadah, kemudian masuk geng.

    Yg tak masuk geng tapi suka porno dan vcd haram, upgrade massage, kemudian sewa ayam.

    Nite club untuk yang ada wang. Masuk sekali gro, massage dan sewa ayam.

    lagi untung dari khazanah nasional.

  • AnTi AljUbuRi says:
    July 28, 2009 at 3:12:00 PM GMT+8

    http://anwaraljuburi.blogspot.com/2009/07/tribute-to-anwar-al-juburi.html

  • Anonymous says:
    July 28, 2009 at 4:09:00 PM GMT+8

    apa bangang punyer exco...pi lah cari mana ada pelancong nak pi cibet cafer tu pagi2 buta.

    mcm lah dorang x ada gadget canggih nak eksess internet....la ni byk tmpt ada Wifi .....

    sebenarnya nak jahamankan lagi budak2 melayu pi lepak kt situ , buang masa , main dadah dan anasir jenayah.... nak bagi jahanam budak melayu.....

    Yb2 melayu mana nak fikir pasal smua ni, yg penting tiap2 bulan masuk elaun Yb 7k sebulan.....

    Seamaster Aqua

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)