Tuesday, July 21, 2009

MYSTERY: Teoh bertukar cemas semasa sedang disoal siasat

Oleh Teruna Kelana

Polis dah dedahkan Teoh Beng Hock mati 4-5 jam sebelum dijumpa. Ini bermakna dia mati pada waktu pagi pada lebih kurang pukul 8-9 lepas tiada lagi dilihat pada pukul 6 pagi.

Mesti kasi peringat bahawa Teoh bukan suspek tetapi adalah saksi utama. Teoh datang dengan sendiri membawa kereta sendiri dan bukan diambil dari rumah atau pejabat.

Mengikut amalan SPRM, mereka akan hantaq pulang suspek yang diambil dari rumah atau pejabat. Kemana saja suspek bergerak, termasuk bilik air, depa akan letak pegawai ikut. Oleh sebab Teoh bukan suspek, SPRM tidak perlu meletakkan orang untuk ikut dia. Ini pula lepaih dia dilepaskan untuk pulang.

Tempat dia tidoq pun bukan kawasan larangan dalam pejabat SPRM tetapi hanya waiting room. Dia pun boleh balik tanpa memberitahu sesiapa. Kalau nak kata SPRM cuai, mungkin betoi tapi boleh didebat. Itu yang DAP dok main-mainkan.

Kita tau Teoh bukan suspek tetapi saksi. Dia juga bekerjasama dengan SPRM dalam penyiasatan. Perlu ingat bahawa sebelum SPRM buat raid atas pejabat exco-exco Selangor, depa dah raid macam-macam pejabat-pejabat kerajaan negeri Selangor. Banyak maklumat depa dah kumpul.

Masa pejabat Ean Yong Hian Wah kena raid, SPRM ada merampas banyak dokumen-dokumen, termasuk laptop. Pasti semasa Teoh disoalsiasat selama 8 jam, dia ditanya dengan detail mengenai isi kandung dokumen-dokumen dan laptop. Kenapa Teoh berjanji akan bawa beberapa dokumen esok hari?

Kita kena faham bahawa Teoh dah mula fed-up dengan tugasnya sebagai pembantu politik Ean Yong. Dia ada kata pada kawan-kawan akan pulang Melaka lepaih kahwin. Bagi seorang muda yang idealis dan bersedia berhenti pekerjaan wartawan untuk masuk politik, dia mesti kecewa dengan benda tak betul.

Baru dia sedar realiti jauh dari harapan. Dia terpaksa melakukan kerja-kerja tidak betul yang dia tidak setuju. Bosnya Ean Yong adalah exco yang terlibat dalam kampung baru dan kilang haram. Maka rangkaiannya dengan peniaga-peniaga dan pengusaha kilang sangat meluas. Dulu, kini dan selamanya depa sudah biasa kerja sogok menyogok untuk hidup. Macam-macam boleh berlaku.

Kalau tidak sogokan, Teoh mungkin menyimpan rekod dalam laptop untuk kontrak-kontrak yang kecil tapi banyak yang boleh kasi salur masuk dana DAP untuk buat bangunan di PJ. Kontrak kecik konon susah nak ditrace. Kalau tak masuk dana DAP, mungkin juga duit itu masuk straight dalam poket sendiri dahulu. Ini kerja haram yang dilakukan oleh Ean Yong dan mungkin sekali Ronnie.

Teoh kelihatan cool sepanjang soal siasat, seperti kata pengarah SPRM. Tapi dia tak cerita keadaan Teoh apabila laptop dan dokumen dibuka dihadapannya. Paras rupa Teoh pasti berubah menjadi panik dan cemas bila soalan yang ditanya bertambah hampoir dengan kebenaran. Biasalah orang muda yang tak berpengalaman.

Dia boleh merasa akan terjebak dan reaksi segera adalah mahu menyelamatkan dirinya dahulu dengan berkerjasama. Dengan tergesa-gesa dia tawarkan akan beri dokumen lain.

Tan Boon Hwa ada kata dalam sidang akhbar terlihat Teoh dalam keadaan penat dan hunched. Mungkinkah rupanya agak cemas? Kalau kenyatan Tan belum tahu betul, keenganannya untuk beri kenyataan pada polis hanya memungkinkan dia sudah terlepas kata dan takut untuk jelaskan lagi keadaan Teoh semasa itu.

Tidak mustahil Teoh mula merasa takut untuk pulang pada waktu awal pagi dan tunggu hingga siang sedikit untuk rasa selamat untuk balik. Adakah dia membunuh diri apabila mengenangkan dia sudah terlebih cakap dan nyawanya tidak lagi selamat? Mungkinkah dia telah diugut dan disuruh membunuh diri melalui talipon?

Mungkinkah juga dia dibunuh dengan dicampak keluar semasa keluar dari pejabat SPRM pada waktu selepas 6 pagi? Polis tidak mendedahkan lagi dari tingkat mana Teoh melompat atau dicampak. Jawapan ini boleh ditemui dari penemuan forensik oleh pakar-pakar.

Itu yang depa dok kokok kritik IGP Musa Hasan dan dok persoalkan kredibiliti polis dan MACC. Nanti apa yang ditemui forensik akan dipersoalkan. Itu juga sebab Khalid gagap tak jadi hantaq pathologist swasta masa postmortem. Depa penyokong oghang luar tabii berfikir pelik dan luar kotak.

Jawapan boleh dijumpai melalui rekod talipon bimbit. Siapa yang dia bercakap sepanjang hari sebelum pergi ke pejabat SPRM? Adakah dia bercakap dengan sesiapa pada waktu pagi itu? Polis kata mereka sudah dapat rekod talipon. Adakah tidak nama Ean Yong dan Ronnie Liu ada dalam senarai? Adakah nama Tan Boon Hwa? Siapa loyar DAP dan PKR ada dalam senarai pemanggil?

Siapa makan cili dia akan rasa pedas. Sama-sama kita peghati.

7 comments:

  • Muhd Aizuddin says:
    July 21, 2009 at 1:22:00 PM GMT+8

    A rational walkthrough of the case :-) Good job.

  • Anonymous says:
    July 21, 2009 at 1:31:00 PM GMT+8

    Aku dah agak dah ini mesti kena mengena dengan kongsi gelap. Depa ni saja yang sanggup buat kerja cam ni.Tak kan lah pegawai SPRM nak bunuh saksi mereka sendiri.Kalau nak apus kan dia pun takkan di rumah sendiri.SIASAT SIASAT SIASAT sampai lubang ......

  • Anonymous says:
    July 21, 2009 at 2:32:00 PM GMT+8

    check la litar tertutup masalam, siapa yg keluar masuk di waktu2 yg disangsikan atau sebelum itu. Siapa yg keluar dari bangunan pada tengah malam dan awal pagi?

  • Aspirasi says:
    July 21, 2009 at 2:46:00 PM GMT+8

    yes,,, a good view of the case...

  • Bayan says:
    July 21, 2009 at 2:50:00 PM GMT+8

    Korek sampai lubang jubok.Kalau tak pandai hire Alkunyit.Pasti dia bereskan.Eh,eh x bole .nanti lain jadinya.

  • najamarine says:
    July 21, 2009 at 2:54:00 PM GMT+8

    salam bro..minta izin aku copy paste kan kat blog aku..

    pada pandangan aku,takde sorang pun dtg jumpa dia kat pejabat SPRM lepas di soal siasat...

    mungkin hanya dengan menyiasat perbualan talipon mendiang teoh ni dengan beberapa orng selepas di soal siasat memungkinkan terjumpanya bukti siapakah yg bersalah...

    so..tungguuuuuuuuuu.

    puak2 pembangkang yg sempit otak!!saksi utama di bunuh??siapakah yg untung??lu org pikir la sendirii..

    http://jiwa-najamarine.blogspot.com
    wallahualam..

  • anakbukitgantang says:
    July 21, 2009 at 3:09:00 PM GMT+8

    Dear Malaysian public,

    Please be level headed and let the police check the crime thoroughly. Lest we forget, It was the late Teoh who offered to be the witness to a series of corruptions and claims of the involvement of underworld figures in PBT activities. Can anyone please explain why a star witness was murdered? Who would gains from such acts? It was not the police nor SPRM/MACC who would have any gains, but those suspected of such dealings!

    And to those politicians who was blatant and unashamed at manipulating this issue for their political gains had steep so low in the political game ........I am really sorry that the Malaysian public still fall for this irresposible and foolish antics of immature politicians.

    Please read full report before making any judgement. A person is judged by his or her statement, and a statement shall be made only after all facts are gathered.

    Unspinners have done a god detective job. Syabas!

fda

Link2Me WeLinkBk (275)