Friday, July 17, 2009

MYSTERY: Adakah Teo Beng Hock ahli kumpulan Triad?


Oleh Teruna Kelana

Bila baca blogger tersohor dan kini MP DAP dari Jelutong, Jeff Ooi, saya heghan dia dok main sentimen untuk tekankan pasai mati dalam tahanan MACC, kasi gempaq reaksi pemimpin pembangkang dan orang ramai untuk kasi tibai SPRM dan polis, dan pasai Teo patut kahwin hari ini.

Dia siap kata untuk kasi orang ramai marah: The coffee-shop crowd is very angry. The restaurant crowd is very angry. The whole town is very angry.

Ini semua macam nak alih panding orang ramai. Baru aja kita tulih pasai kaitan Ronnie Liu dengan gangster dan persahabatan rapat Raja Petra dengan Ronnie. Mungkinkah simati ada kaitan dengan kegiatan gangster?

Depa kata boss Teo iaitu exco DAP Ean Yong Hian Wah adalah orang Ronnie. Semalam pun Ronnie masuk pejabat SPRM Shah Alam dengan muka garang dan bengih cam gangster.

Kalau hangpa tau dunia gangster dan triad, mereka ini setia pada boss hingga sanggup lakukan apa saja. Mungkinkah SPRM dah jumpa dokumen dan maklumat yang telah memecahkan rahsia kaitan Ean dan Ronnie dengan gangster?

Teo mungkin dalam keadaan tertekan. Dia terpaksa menjadi saksi pihak pndakwa untuk menerangkan dokumen-dokumen yang diambil dari pejabatnya. Ini akan mendedahkan kaitan Ean dengan gangster Ronnie. Ini menjadikan dia berbelah bagi dan membunuh diri untuk menyelamatkan Ean dan Ronnie.

Selalu cara sanggup bunuh diri hanya dilakukan oleh ahli kumpulan Triad. Adakah Teo sebahagian dari kumpulan Triad?

Kita teka saja. Bila tengok DAP dok loklak, kemungkinan besaq betoi?

7 comments:

  • yopman says:
    July 17, 2009 at 12:32:00 PM GMT+8

    Salam sejahtera,
    Kata-kata "The coffee-shop crowd is very angry. The restaurant crowd is very angry. The whole town is very angry"... tu macam nak ajak orang ramai memberontak je...
    Biar le deme memberontak. Kalau boleh jadikan macam tragedi tahun 69. Nanti barulah PAS faham siapa DAP dan apa sebab mereka beriya-iya mahu hapuskan ISA.
    Kalau Pas masih bengap, deme akan teruskan tunjuk perasaan 100,000 membantah ISA yg dirancang Ogos nanti.
    Sedarlah bahawa Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Merancang segalanya.

  • Bayan says:
    July 17, 2009 at 12:52:00 PM GMT+8

    Nampaknya perkara2 batil dambang kecundang setelah selesai Itjimak Sedunia dMalaysia tempoh hari.Mohon umat islam malaysia jaga amal dan doa.Amin.

  • ajai62 says:
    July 17, 2009 at 1:24:00 PM GMT+8

    Salam Bro

    Berkemungkinan besar memang ahli kongsi lah tu sebab kalau tak dibunuh oleh orang sendiri..sendiri dengan rela hati bunuh sendiri..mungkin juga sebab rahsia besar sudah terbongkar...Pada polis dan SPRM siasat terus dan bawa bapak kepala ganster tu ke muka pengadilan...Kalau kat Jepun ni Bro tak usah cakaplah ada yang kena potong jari atau tembak terus...bukan dia aje..keluarga diorang pun abis kena tibai...

  • yopman says:
    July 17, 2009 at 1:59:00 PM GMT+8

    Salam sejahtera ajai62,
    Kalau macam tu, nampaknya politik diaorang sudah maju macam negara maju yg lain le ye....
    Cuma kita orang Melayu je yg masih berpolitik ditakok lama...
    Asyik dok kempen soal syurga dan neraka je...
    Kalau nak tau masuk syurga ke , neraka ke, mati le cepat. Kalau tak mati mana nak tau apa itu syurga dan neraka.
    Kata nak masuk syurga tapi mati takut pulak....
    Kahhh...kahhh....

  • Parpu Kari says:
    July 17, 2009 at 4:15:00 PM GMT+8

    BETUI JUGAK YE YOPMAN! HE HE HE

  • Anonymous says:
    July 17, 2009 at 4:40:00 PM GMT+8

    "Kita teka saja"

    Nampaknya tiga kata-kata ini di akhir cerita blog, menunjukkan saudara masih seorang yang adanya sedikit (walaupun tak banyak) rasa tanggungjawab dengan mengakunya bahawa semuanya yang ditulis hanyalah tekaan saja.

    Namun, bagaimanakah jikalau semua yang diperkatakan/diteka tidak benar, dan adalah sebaliknya? Adakah menuduh/menfitnah sewenang-wenangnya tanpa apa-apa bukti sesuatu yang betul untuk diperlakukan sepertimana yang diajar oleh ajaran Islam? Yang dapat aku lihat, pihak pembangkang hanya melontarkan pelbagai soalan daripada kemuskyilan masing-masing. Mereka mahukan jawapan. Tidaknya aku lihat apa-apa pernyataan oleh mereka seperti apa yang ditulis di blog ini, bercerita seolah-olah seorang pemberita yang siap dibelakangi dengan pelbagai bukti.

    Biar tunggu laporan siasatan oleh pihak berkenaan. Semoga adanya kebenaran and keadilan in tanah air Malaysia.

  • rahim king says:
    July 18, 2009 at 2:51:00 AM GMT+8

    Anon 4:40:00 PM,

    Hek eleh,bila tang pihak yg tak sebulu dengan korang,dan-dan kau kata buat fitnah.Itu sebab dia kata teka/teori,tak semestinya betul.

    Ini pun untuk counter dengan tuduhan pembangkang yang terang-terang menuduh SPRM.Siap dengan teori-teori yang pelbagai terhadap SPRM.Itu tak kira fitnah pulak ya?Kira persoalan ajelah ya?Itu tuduhan RPK tu kau tak baca ke?Teresa cock dan tony phua cakap konspirasi jahat tu bukan fitnah lah ye?

    Kok ya pun biarlah polis siasat dulu.Kalau tak puas hati lagi nak tubuh suruhanjaya pun tak apa.

fda

Link2Me WeLinkBk (275)