Greetings

Monday, July 27, 2009

BLOG: Rancangan untuk sebat duit zakat Selangor

Fatwa dan arahan Tok Guru Shiekh Papa-san Ronnie tak boleh disangkal oleh Menteri Besar

"Bila itu luit zakat mau mula guna ...? I want! I want!," kata Tok Guru Sheikh Papa-san Ronnie

Oleh Lebah Kota
Malaysia-instinct.com

Baru-baru semasa sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berlangsung, Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan muka ala-ala macho dan tanpa segan silu mencadangkan agar dana Baitulmal digunakan bagi menampuang kos pentadbiran negeri itu.

Waduh waduh...macam harta pusaka bapak dia aje nak gunakan dana zakat sesuka hati.

Apakah Selangor yang memiliki sektor perindustrian, perladangan, pelabuhan yang begitu banyak tidak memiliki duit untuk perbelanjaan negeri itu.

Mengapa duit zakat juga yang hendak digunakan?

Dengar cerita, kutipan cukai pintu dan hasil Majlis Bandaraya Petaling Jaya sahaja sudah melebihi pendapatan tahunan seluruh negeri Kedah.

Itu belum ambil kira pihak berkuasa tempatan yang lain.

Perbandingan di atas memperlihatkan jumlah wang yang berlegar di Selangor. Dengan wang sebanyak itu, tidak sepatutnya timbul isu kena mengadap duit Kerajaan Persekutuan untuk mentadbir negeri berkenaan.

Ada masalah sikit, ambik jalan mudah, terus cadang nak gunakan wang zakat. Habislah orang-orang Islam yang hidup susah di Selangor.

Oklah, hendak guna duit zakat untuk pentadbiran satu aspek.

Aspek kedua, kalau berkesempatan melawat blog http://www.t4tbh.blogspot.com/ , maka kita dapat melihat kaedah dan penulisan serta dokumen asal yang telah discan memperlihatkan bagaimana DAP memperbodohkan rakyat dan sakau duit rakyat.

Satu kroni Ronnie Liu (nama Wong Chuan Chow) diberikan 84 kontrak.

Ini lagi kronik pada Barisan Nasional (BN). Ronnie Liu and the gang (termasuk kongsi gelap) macam lanun duk bahagi harta rampasan perang Selangor aje tengok gaya.

Mana idealisme politik yang dijeritkan selama ini? Dapat kuasa sikit terus hanyut..habis rakyat dibaham hidup-hidup.

Dan apa yang menarik, rakan-rakan wartawan Lebah Kota beritahu, sehingga petang ini Ronnie masih belum pun buat laporan polis bagi membolehkan pihak tersebut menyiasat dakwaan blog berkenaan.

Lojiknya mudah sahaja, apa yang Ronnie bimbang sangat kalau blog tu menipu, buatlah sahajalah laporan polis dengan pantas.

Biar polis cari penulis blog tu dan ambik kenyataan dia. Mengapa Ronnie diam?

Itulah tindakan yang sepatutnya melainkan apa yang ditulis dalam blog itu betul maka terpaksalah Ronnie diam bukan.

Dan kalau tengok dokumen-dokumen yang disertakan dalam blog itu, maka nampak memang betul la Ronnie and the gang sakau duit rakyat.

Lagipun SPRM memang tengah menyiasat penyalahgunaan dana di Selangor.

Dan best joke of the year (so far) mengenai blog itu datangnya dari Khalid sendirlah apabila beliau mahukan penulis blog beretika ketika menulis.

Perghhhhh....bila kena batang hidung sendiri terus bangkit soal etika lah pulak.

Masa belasah pemimpin-pemimpin BN dan Datuk Najib seperti dalam isu Altantuya kat blog tak pulak timbul soal etika walaupun semua tuduhan itu tidak pernah diketengahkan dengan bukti.

Apa pun, sekarang cuba bayangkan kalau aspek pertama di atas, iaitu guna wang zakat untuk pentadbiran negeri dikaitkan dengan aspek kedua iaitu Ronnie Liu and the gang samun wang rakyat.

Tidakkah kemungkinan besar wang zakat di negeri Selangor jika digunakan untuk pentadbiran kelak akan disakau atau dicuri oleh pemimpin DAP macam Ronnie Liu lagi nanti.

Buat penat ajelah orang Islam mematuhi ajaran agama dengan bayar zakat tetapi duit mengalir ke tangan Ronnie and the gang.

Makin kayalah Ronnie tak lama lagi.

Takpe, kalau dia makan duit zakat pun, Tok Guru Nik Aziz mesti cakap Islam membenarkan perkara seumpama itu dibuat.

Kalau apek DAP baca ayat suci al-Quran pun Nik Aziz kata ok...inikah tibai duit zakat...apalah sangat kan.

Cayalah Tok Guru and the gang dan cayalah Ronnie Liu and the gang. Teruskan makan duit-duit rakyat di Selangor.

Baca sini juga.

3 comments:

  • Anonymous says:
    July 27, 2009 at 4:21:00 PM GMT+8

    tiap tahun aku bayar zakat untuk negeri selangor kerana aku tak mahu bayar terus kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri..(LHDN)

    mungkin duit itu dapat disalurkan kepada fakir miskin..

    buat penghujung tahun ini...aku kena fikir dua kali...

    samada bayar zakat atau bayar terus ka LHDN..atau aku bayar zakat ka tempat negeri aku lahir...

  • Anonymous says:
    July 27, 2009 at 5:45:00 PM GMT+8

    hahahaha ....sbb tu aku tak caye geng PAS.....geng PAS nak blanja ngeteh pun aku takuttt....

    baik join tabligh lagi baekkk....dakwah kasih sayang sesama umat. makan nasi dulang pun alhamdulillah halall...

    Azli

  • Anonymous says:
    July 27, 2009 at 7:49:00 PM GMT+8

    Dh munafiq dia ni. Adakah patut duit org islam yg mmg dh hidup serba kekurangan ni nak digunakan pulak untuk semua orang. Betul2 munafiq. Tnya nik acis tgk. Dia mesti akan keluar fatwa baru yg membolehkan. Apa tak collect dari jutawan2 cina yg berlambak2 kat lembah kelang ni. Berapa ramai jutawan cina yg ada kat situ. Apa punya kepala lah org mcm ni boleh jd mb. Masa dlm kerajaan dulu, bukan main lg ckp pasal tolong melayu. Bila tuhan bagi sikit kuasa, islam dan melayu dia nak tindas. Sesal tak sudah aku pangkah pkr dulu. Mudah2an akan ramai org2 pkr dan pas akan bertobat dan kembali kepangkal jalan.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)