Tuesday, July 28, 2009

BLOG: Kerajaan S'ngor pihak berkepentingan dalam Inkues tidak boleh hantar peguam


Laporan Malaysia Insider yang mengatakan bahawa kerajaan negeri Selangor akan melantik peguam bagi pihaknya di dalam prosiding Inkues kematian BH Teoh agak sedikit ganjil bagi saya.

"With all due respect to the learned counsel" yang dinamakan di dalam laporan berita di atas, persoalan saya adalah adakah kerajaan negeri perlu diwakili dan adalah terdiri dari 3 pihak berkepentingan di bawah di dalam inkues simati ini yang memerlukan ianya diwakili oleh peguam bagi prosiding berkenaan?

Pihak berkepentingan di dalam sesuatu inkues adalah seperti berikut:
  • the next of kin or personal representative of the deceased person;
  • a representative of an enforcement authority or government department appointed to attend to attend the inquiry;
  • any other person who, in the opinion of the Magistrate, is properly an interested person.
Jelas yang pertama dimaksudkan di atas adalah ahli keluarga simati, yang kedua pihak jabatan penguatkuasaan atau jabatan kerajaan yang terlibat dan dijemput oleh mahkamah koroner untuk menghadiri prosiding, dalam kes ini sudah semestinya MACC dan lain-lain pihak yang difikirkan oleh mahkamah sebagai sesuai dianggap sebagai "orang yang berkepentingan."

Kenapa perlu kerajaan negeri membazirkan wang rakyat melantik peguam untuk mewakili mereka di dalam prosiding tersebut bilamana prosedur sesuatu inkues itu adalah jelas, yakni yang terlibat secara aktif adalah majistret sendiri, dibantu oleh pegawai dari pejabat pendakwaraya berserta saksi-saksi yang kerkaitan dengan penyiasatan kes kematian simati?

Di dalam sesuatu prosidng inkues, majsitret sebagai koroner bertindak sendiri (lebih kepada bersifat inquisitorial) dalam memeriksa saksi-saksi yang memberi kepentingan. Hatta peguam yang mana mewakili ahli keluarga si mati pun tidak mempunyai hak untuk bersuara melainkan dibenarkan oleh mahkamah. Inkues bukannya sepertimana prosiding perbicaraan biasa yang bersifat adversarial. Bukannya tujuan sesuatu inkues diaturkan prosidingnya sebegini untuk menghalang mana-mana pihak bersuara tetapi ianya untuk melancarkan dan mempercepatkan perjalanan prosiding ini.

Logiknya ketidakperluan peguam yang mewakili pihak berkepentingan untuk bersuara "as of right" adalah kerana inkues itu nanti kelak tidak akan melibatkan sebarang perintah yang membabitkan sebarang tanggungan liabiliti jenayah kepada mana-mana pihak walaupun sekiranya di akhir prosiding ketetapan yang dibuat oleh majistret atau koroner menunjukkan penglibatan mana-mana pihak samada secara perbuatan atau ketinggalan di dalam menyebabkan kematian simati.

Mungkin kerajaan negeri selangor nanti akan mengarahkan peguam yang dilantik memohon kepada mahkamah untuk menunjukkan bahawa mereka adalah pihak yang berkepentingan tetapi kenapa membuang masa dan wang terhadap sesuatu yang belum tentu dibenarkan oleh mahkamah koroner/inkues nanti? Bukankah kerajaan negeri mempunyai penasihat undang-undang negerinya sendiri kalaupun masih mahu mencuba nasib untuk hadir sebagai pihak yang berkepentingan di dalam inkues tersebut?

Walaubagaimanapun seandainya dibenarkan kehadiran peguam nanti bagi pihak kerajaan negeri oleh mahkamah koroner berkenaan, apakah yang boleh disumbangkan beliau di dalam prosiding itu kelak bilamana hak untuk bersuara peguam tersebut sudah ditetapkan sebagai bukannya "as of right"?

Lagipun lazimnya peguam yang hadir adalah peguam yang mewakili pihak waris simati dan bukannya dalam kes kali ini, satu institusi pentadbiran negeri yang bertindak pula secara langsung bagi pihak simati dan warisnya. Lainlah kalau peguam berkenaan mewakili waris atau personal representative simati sendiri.

Persoalannya, adakah kerajaan negeri selangor di dalam mengeluarkan kenyataan, berikut:
“The state is determined to ensure that the rights of the late Teoh, his family and other state officials who will be testifying at both proceedings are protected at all times,” said Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim today in a statement released by his office.
sedar bahawa mereka berkemungkinan akan hanya bazirkan wang rakyat negeri selangor kerana peranan peguam di dalam satu inkues lazimnya hanya untuk hadir sebagai "watching brief" (tanpa sebarang hak automatik untuk bersuara) demi menjaga kepentingan simati semata-mata dan bukannya bagi menjaga kepentingan "other state officials" yang mereka jangkakan akan dipanggil untuk memberi keterangan di dalam inkues itu nanti.

Saya percaya tiada peruntukan undang-undang yang mengatakan bahawa di dalam sesuatu inkues yang membenarkan kehadiran peguam untuk kepentingan saksi-saksi yang dipanggil, tambahan lagi sekiranya ianya bagi pihak pegawai-pegawai rasmi kerajaan negeri seperti yang dilaporkan Malaysian Insider di atas.

Jangan bazirkan wang rakyat kalau hanya sekadar untuk terus mempolitikkan prosiding itu nanti. Inkues adalah satu kaedah acara jenayah dan bukannya alat politik mana-mana pihak. Sesuatu kerajaan adalah kerajaan kepada semua rakyat tidak kira anutan politik masing-masing.

Adakah kerajaan negeri ingin membuat "precedent" melantik peguam bagi pihaknya di dalam setiap inkues yang dijalankan sekiranya ada lagi kes-kes kematian mengejut, sekiranya ada, yang tidak melibatkan "political figure" di Selangor di masa hadapan?

Bezakanlah kepentingan politik dengan kepentingan umum. Kerajaan negeri ditubuhkan untuk negeri dan rakyatnya dan bukannya kerajaan itu terbentuk untuk kepentingan parti politik yang memerintah. Fahami bahawa tiada yang didakwa atau yang dibela di dalam sesuatu prosiding inkues. Tiada pertuduhan dan sabitan yang akan berlaku di dalam inkues ini.

Mengikut pemahaman saya, isu-isu yang akan diputuskan di dalam satu inkues adalah berkaitan simati dan perihal kematiannya dan penetapan yang akan dibuat adalah samada kematian mengejut tersebut disebabkan oleh:
  • an accident caused by the deceased’s own fault;
  • by events beyond human control; or
  • due to the actions of known or unknown person/s.
dan ianya bukannya diadakan untuk tentukan samada wujud sebarang konspirasi jahat/politik oleh mana-mana pihak untuk menjatuhkan mana-mana pentadbiran kerajaan. Kalaupun masih percaya wujud perkara sedemikian, wujud forum lain untuk pihak kerajaan negeri yang begitu "prihatin kepada kebajikan rakyatnya" ini untuk cuba ketengahkan isu tersebut tetapi apa yang pasti ianya bukannya di dalam prosiding inkues yang akan dijalankan kelak.

Nota Tambahan:

Untuk penerangan lebih lanjut, ringkas tetapi padat, mengenai prosiding inkues dan Practice Direction berkaitan, anda boleh muat-turun dokumen berkenaannya di sini dan sini dari website Pejabat Peguam Negara di sini.

Sumber: Blog lawyer Kampung sini

5 comments:

  • This comment has been removed by the author.
    DozzVader says:
    July 28, 2009 at 5:12:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by the author.

  • DozzVader says:
    July 28, 2009 at 5:13:00 PM GMT+8

    J..j..Jo..Jom..K..k..k..Ke..ke..tawa
    ..kan..Kha...khaa..lid..gg..ga..ga..
    gaapp...kehkehkeh..

    Khalid gagap dengan lawak bangang antarabangsa dia macam biasa.. apapun aku tak sabar tunggu hasil siasatan dan inkues.Mari kita tengok siapa yang kena...!

    July 28, 2009 5:12:00 PM MYT

  • Anonymous says:
    July 28, 2009 at 7:27:00 PM GMT+8

    Dh takut lar tu..

  • Anonymous says:
    July 28, 2009 at 8:15:00 PM GMT+8

    hai nampaknya ada yang putus rezekilah selepas ini

    rumah pun kena downgrade

  • Anonymous says:
    July 29, 2009 at 9:49:00 AM GMT+8

    Ala, Khalid Gagap terajui Guthrie dulu pun menjadikan konglomerat yang kaya menjadi hampir muflis. Mujur ada mega merger bilamana Sime Darby menyerap Guthrie.

    Banyak kontraktor Guthrie dulu dimasa Khalid belum mendapat bayaran hingga ke hari ini.

    MACAM MANA NAK PERINTAH SELANGOR? ALAMATNYA BANKRAP LA KHAZANAH SELANGOR

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)