Tuesday, June 30, 2009

UNSPIN: Timbulkan anarki alih tumpuan rakyat

Oleh Abang Bulanja


Jika benar Anwar tidak bersalah dan percaya bukti-bukti yang ada menyebelahinya mengapa ia begitu tergesa-gesa untuk menyangkal bukti-bukti dan reputasi mangsa yang ada sebelum masuk ke mahkamah lagi?

Anwar, para peguamnya dan para media strategisnya sedang berusaha keras membentuk keraguan dan syak wasangka umum terhadap polis, pendakwaraya, dan sistem kehakiman. Politik Anwar di Perak pula mempersoalkan kuasa dan budibicara Sultan. Semua ini adalah menjuru ke arah mewujudkan anarkisme dalam masyarakat.

Naib Ketua AMK ada berkata:

Demonstrasi jalanan mungkin tercetus sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah berhubung kes melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Maka direka suasana kecuh dengan demonstrasi jalanan yang tidak henti-henti dan penangkapan besar-besaran. Dengan demikian, perhatian umum dan anatarabangsa akan beralih dari perbicaraan dan fakta-fakta kepada kejadian jalanan. Sila baca artikel tulisan ini sini.

Teori konspirasi yang lebih menarik dan sensasi sengaja direka. Orang ramai yang mudah termakan akan lebih utamakan dari pandangan berasaskan fakta sebenar. Contohnya dahulu, Hakim Augustine Paul dikatakan sengaja menolak bukti. Atau Dr Mahathir menangkap Anwar kerana tergugat dengan pengaruh Anwar.

Jika benar tidak bersalah, datang ke mahkamah pertahankan diri. Biar rakyat menilai fakta dan bukti kes bukannya menyebarkan pelbagai cerita separuh benar dan pelbagai kenyataan bela diri tanpa asas dan bukti yang sah. Apa yang Anwar mahu sembunyikan? Apa bukti yang Saiful ada yang Anwar tidak mahu terdedah di mahkamah?

Mungkin inilah ketakutan sebenar Anwar yang tidak kita ketahui hingga perlu membuat diversion tactic besar-besaran.

3 comments:

  • HeroTamil says:
    June 30, 2009 at 2:55:00 PM GMT+8

    Begitu lah sifat Parti Pembangang nie. Keputusan Mahkamah MESTI menyebelahi mereka. Kalau tak menyebelahi mereka..mereka akan merusuh.

    What kind of crap is this... Depa duk tuduh ..kunun ada campur tangan politik dalam sistem perundangan negara.

    So what are they doing now?? Ugut mahkamah.Tak mengikut kehendak mereka...mereka nak merusuh.

    So dah jelas lah di sini mereka yang campur tangan dlm urusan mahkamah

    WTF!!

  • Anonymous says:
    July 6, 2009 at 1:30:00 PM GMT+8

    you people must be the socalled spin doctors at tingkat 4 putrajaya?.

    The youths are not that stupid to believe your fabricate lies..

    What goes around comes around..

    May God have mercy on your evil deeds..

  • Anonymous says:
    July 6, 2009 at 1:33:00 PM GMT+8

    Both BN and PK have the same agenda..
    Its high time that the younger generation took charge in running this great nation from corrupt & glutted politician..

    New Party for a new age!!!

    What say you !! leaders of tommorrow??..

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)