Monday, June 29, 2009

MYSTERY: Pengakuan Dato X mengenai Tivoli Villa


Oleh Nazar Omar (diterima dari e-mel)

Pasaran saham melepek pada tahun 1997 akibat krisis kewangan. Ramai kroni-kroni Anwar yang sangkut dengan saham-saham yang masih berhutang pada Bank. Salah seorang darinya adalah seorang Dato X.

Dulu Dato X orang Bank yang mendapat peluang dari usaha kerajaan untuk memperbanyakkan orang-orang Melayu dalam dunia perbankan. Semasa Anwar naik jadi Menteri Kewangan, Dato X mencari ruang untuk merapatkan diri dengannya. Apabila boss atasnya pencen, Dato X naik jadi CEO dengan bantuan Anwar. Sebagai CEO Bank, dia sangat berkuasa dan dihormati. Pandangannya dilaporkan akhbar.

Dan dari situ, Dato X bertambah rapat dengan Anwar. Dia membantu orang-orang Anwar untuk membiayai biznes-biznes mereka. Anwar talipon saja dan Dato X pastikan apa cara untuk biznes mereka mendapat pembiayaan Bank. Sampai satu masa, dia selalu dijemput oleh Anwar untuk mengikutinya untuk urusan kerajaan atau politik atau bersantai. Dato X dah boleh dianggap orang inner circle.

Lama kelamaan Dato X ada cita-cita untuk keluar berniaga. Pengaruh Anwar membolehkannya rapat dengan seorang taukeh balak dan ambilalih sebuah public listed company. Hidupnya serta merta berubah dari senang kepada berlimpah ruah duit. Dia tidak berhenti di situ saja. Dato X melabur membantu biayai urusan politik dan peribadi Anwar. Dengan membantu, ada lagi habuan untuk Dato X.

Datangnya krisis, saham merudum, dan biznes tak jalan. Anwar pula buat meraban nak lawan kerajaan. Masaalah dan hutang begitu banyak hingga tak tahu macam mana nak hadapi. Dia hampir hilang akal kerana hilang punca. Dato X membawa diri ke Masjid dan untuk mendapatkan ketenangan diri.

Di situ terjumpa orang-orang yang alim dan berilmu. Sering Dato X berbincang kemusykilan ugama dengan mereka. Apa yang Dato X mahu adalah jawapan ke atas apa yang terjadi pada dirinya. Rumah berjuta hutang. Saham sudah kena force selling. Satu kereta sudah kena tarik. Akhirnya Dato X sedar dari khayalannya dan bertaubat kepada Allah. Urusan dunia ini hanya sementara dan Allah jua yang hakiki. Dato X menjadi lebih sedar bertambah lemah dirinya sebagai makhluk tuhan. Dia merendah diri dari cara angkuhnya dahulu.

Dengan rakan yang mengenalinya, Dato X tidak segan silu untuk mengaku kesilapan lepasnya. Alhamdulillah, tuhan beri saya peluang untuk sedar sebelum saya meninggal dunia.

Kalau ditanya, betulkah apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, Bangsar? Dia mengaku berlaku dan ada masa-masa yang dia bersama Anwar di Tivoli Villa. Katanya, kami buat kerja terkutuk itu. Hari ini saya rasakan dugaan tuhan. Inilah rahmat dalam laknat. Butirnya Dato X tidak mahu sebut. Terlalu pedih untuk diulang.

Wallahualam bissawwab.

5 comments:

  • Anonymous says:
    June 29, 2009 at 7:03:00 PM GMT+8

    Mana Chiarman Agak2?

    Tak mahu tuduh ini fitnah? Hehehe ...

  • Anonymous says:
    June 29, 2009 at 9:25:00 PM GMT+8

    aku pelik, kenapa la bila dah tau kebenaran puak2 pkr&pas masih pertahan ego mereka dan tak mau akui hakikat yg sebenar.

    taksub sungguh mereka ....selisih malaikat 44.

    Shahrim

  • Parpu Kari says:
    June 30, 2009 at 12:43:00 AM GMT+8

    DEPA TAU ANWAR PELIWAT, TAPI DEPA NAK KITA DIAM DIAMKAN JE, DEPA MANA ADA KIRA HALAL HARAM BRO!

  • CHAIRMAN KAGA says:
    June 30, 2009 at 1:23:00 AM GMT+8

    eleh aku kasi chance. gua respek tetuan unspinners ni. takkan setiap posting gua nak hentam aje, bukan macam engkao si bacul parpukari. engkao tak berani nak berdepan dengan pakatan rakyat. engakau berpolitik bermodalkan fitnah, carut mencarut dan perkaumanan sedangkan engkau ni keturuanan bangla srilanka.

  • Anonymous says:
    July 1, 2009 at 7:39:00 PM GMT+8

    Nasib baik ada badut penghibur 2 orang ni. Macam kanak kanak riang!
    Meriah sikit lah tempat tak berpusing nih. Cayang cayang Kerry, Cayang cayang Aga. Jangan lupa datang balik besok!

    Muahhhh

fda

Link2Me WeLinkBk (254)