Greetings

Monday, June 29, 2009

UNSPIN: Bekas banduan tak layak diikat jamin bebas

Oleh Abang Bulanja


Banyak orang menuduh mahkamah berat sebelah dan Anwar telah dinafikan pelbagai macam hak. Sebenarnya Anwar diberi pelbagai keistimewaan mahkamah, termasuk dibenarkan bebas dengan jaminan.

Kalau diikutkan, dia tidak sepatutnya mendapat keistimewaan itu. Anwar mempunyai rekod jenayah pernah mengugut saksi, rekod jenayah salahguna kuasa memberi araahn salah kepada polis, dan disah melakukan jenayah liwat tetapi dilepaskan atas teknikaliti. Lojikkah tuduhan sedemikian?

Sudahlah diberi keistimewaan, Anwar pulak nak lari. Belum pun bermula perbicaraan peguam Anwar telah mempertikaikan bukti dan saksi pendakwa. Mereka menjalankan perbicaraan melalui media dan bukannya mahkamah untuk memberi tekanan kepada pendakwa, mangsa dan saksi.

Bagi mereka yang taksub dengan Anwar, mereka percaya Anwar tidak bersalah. Layakkah bekas banduan dianggap maksum dan tidak bersalah hingga perlu mengelakkan dari dibicara?

Anwar perlu menunjukkan diri tidak bersalah di mahkamah. Diikutkan, mahkamahi membantu Anwar membersihkan diri dari tuduhan melalui perbicaraan ini. Ini pun diberi keistimewaan untuk disegerakan kes berbanding dengan kes-kes lain.

3 comments:

  • Lee Copper says:
    June 29, 2009 at 12:25:00 PM GMT+8

    Mana Anawar tak pertikai bukti, bukti merapu. Jurureka bukti Musang Hasan yang berkawan dgn kepala2 kongsi gelap. Lagi sekoq Gani Otak 4-Tahil yg lulus law degree 3rd class saja.

    Di Malaysia ni bolehlah Gani nak tunjuk champion. Tapi Gani bangang ni sudah lepaih satu pulau bagi kat Singapore di Mahkamah Antarabangsa. Dia ni kalau kat Singapore jadi Mata2 Saman Mahkamah pun tak layak. Kalau dia tak kerja gomen, jadi loyerpun loyer agreement rumah saja.

  • Anonymous says:
    June 29, 2009 at 3:27:00 PM GMT+8

    To Lee Cooper:

    Aku tak setuju la dengan ngko. Aku setuju dgn Unspinners. Apa guna perbicaraan kalo awal2 lagi nak pertikaikan bukti. Kalo betullah bukti2 itu merapu kenapa Anwar Ibrahim tidak berusaha mencari bukti yang boleh membuktikan bahawa bukti2 yang dibawa oleh pihak pendakwa merapu.

    Lagi satu, kenapa mesti perlu untuk meminta rakaman ASAL cctv tu. Kalo betullah perkara itu tidak berlaku, mcm mana boleh ader rakaman CCTV. OK, let say CCTV tu adalah rekaan semata-mata. Kenapa Anwar Ibrahim tidak mencari saksi yang boleh dijadikan alibi yang Anwar Ibrahim tidak berada di kawasan rakaman CCTV itu. Kan lagi senang.

    Last thing is, aku cukup tak berkenan la dgn tindakan DSAI membuat statement mengatakan mahkamah menghalang pemegiannya ke US dan mengatakan mahkamah malaysia tidak adil. Ini seolah2 sengaja nak menunjukkan yang mahkamah di malaysia ini teruk. Ini boleh memberi reputasi yang buruk kepada malaysia dan seterusnya boleh memberi kesan kepada bidang2 lain spt ekonomi, pelancongan dll. Jikalau DSAI ni seorang yg bertanggungjawab, bukan ini cara perjuangannya. For me, orang luar tidak akan menolong kita sebaliknya mencari ruang utk menguasai kita.

  • HeroTamil says:
    June 29, 2009 at 3:34:00 PM GMT+8

    Lee Copper,

    Musa Hassan??... Lu dah tertinggal kapal lah!!
    Fitnah si Anuwar pun tak jalan dah la weii,....
    lepas kes saiful nie....
    Musa Hassan punya saman pula sampai......Mampus nko nuar!! RPK pun udah lari ke Australia!!muahahahahahahahaha

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)