Greetings

Thursday, June 25, 2009

UNSPIN : Balasubramaniam Agen Anwar


Oleh Cakap Pasal

Kita ingat lagi ke, kes pelik Private Investigator Balasubramaniam? Pada awal July ’08 Bala telah timbul entah dari mana dan membuat Kenyataan Berkanun (SD) yang menuduh Dato Seri Najib Tun Razak atas beberapa perkara.

Yang peliknya Bala telah muncul secara tiba-tiba bersama Anwar Ibrahim pada satu Sidang Akhbar. Kita nak tahu soalan yang simple: Macam manakah Anwar boleh berjumpa dengan Bala? Siapakah yang telah mengaturkan perjumpaan antara Bala dan Anwar?

Ataupun pasal apa Bala setuju muncul ke hadapan di bawah naungan Anwar? Dan di mana Bala sekarang?

Jelas sekali ini satu lagi sandiwara Anwar untuk memalukan Najib dan BN. Caranya simple juga. Mula cari seorang PI bernama Bala dan bayar Bala duit lumayan untuk membuat pengakuan palsu terhadap Najib (sama seperti kes Ummi Hafilda dulu). Lepas itu suruh Bala ‘tarik balik’ pengakuannya seolah dia dipaksa oleh Polis pula.

Lepas itu bayar duit kepada Bala dan suruh Bala lenyapkan diri. Maka Bala pun hilang sampai hari ini.

Yang tanggung syak wasangka adalah Najib dan Kerajaan padahal Anwar lah yang telah merancang semuanya sekali – daripada mula sekali jumpa Bala sehingga Bala lenyapkan diri. Jelas bahawa Bala adalah agen Anwar.

Inilah taktik kotor Anwar. Sebenarnya Anwar yang lebih tahu ke mana perginya Bala. Semua ini adalah perancangan Anwar.

3 comments:

  • Abu says:
    June 25, 2009 at 9:59:00 AM GMT+8

    habis tu mana pergi bala sekarang ?
    mustahil muncul dan hilang secara tiba-tiba ?

  • Parpu Kari says:
    June 25, 2009 at 10:21:00 AM GMT+8

    ya tuan, saya setuju dengan tuan, mintak izin nsak copy dalam blog saya..terima kasih

  • TokAyah says:
    June 27, 2009 at 1:59:00 AM GMT+8

    Jangan risau kemana Bala pergi. Dia akan timbul sepertimana NAlla juga.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)