Monday, June 29, 2009

MYSTERY: Orang dalam dibayar untuk buang bukti?

Oleh Abang Bulanja

Kisah perbuatan liwat Anwar telah lama diketahui oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebelum 1998 dan seawal tahun 1993. Tun Hanif pernah membuat satu operasi yang dinamakan dengan Operasi Keliling. Banyak bukti telah dapat beliau kumpulkan. Pada masa itu, Anwar masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tun Hanif telah memberitahu Dr Mahathir pada Oktober 3, 1993 tetapi dia susah mahu percaya. Mereka yang membenci Dr Mahathir menuduh dia menggunakan maklumat ini untuk menangkap Anwar hanya apabila Anwar cuba menurunkannya. Sebenarnya Dr Mahathir tak percaya semasa diberitahu lagi pada tahun 1998 hingga setelah menemui semua saksi.

Berbalik kepada cerita Tun Hanif pada tahun 1994, ada cerita dari sumber-sumber mengatakan ada orang dalam telah memberitahu Anwar tentang Ops Keliling. Tanpa melengahkan masa, dia segera membayar 'orang dalaman' untuk membantu memusnahkan bukti-bukti yang terkumpul.

'Orang dalaman' ini adalah seorang wanita dan menjadi jutawan segera sebaik sahaja segala bukti dapat dimusnahkan. Jika segala bukti itu tidak dimusnahkan, sudah tentu Anwar tidak berani bersandiwara lagi. Dengan kuasa yang ada, dia telah mengambil kesempatan sepenuhnya. Bukankah ini tidak amanah?

Dari penerangan ini, lojikkah tuduhan konspirasi yang sering dikatakan? Bukankah ada penerangan lain?

2 comments:

  • Cucu Tok Selampit says:
    June 29, 2009 at 9:09:00 AM GMT+8

    Tuan The Unspinners,

    Saya telah mengikuti blog tuan dengan pernah minat semenjak kali pertama tuan menjengok ke blog saya. Blog yang memberikan info yang baik dan padat dengan fakta. Teruskan perjuangan dan saya berbangga dan gembira kita di pihak yang sama.

    Cucu Tok Selampit.

  • x-pkr says:
    June 29, 2009 at 9:58:00 AM GMT+8

    unspinners,,

    i'm back.....we support u bro. keep up good job!

fda

Link2Me WeLinkBk (254)