Greetings

Sunday, June 28, 2009

UNSPIN: Ada laporan polis, bukti-bukti, kes ... maka ada proses mahkamah

Oleh Abang Bulanja


Memang letih melihat kerenah, pelbagai drama dan wayang yang dilakukan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya untuk menyelamatkan diri dari kes liwat kali ini. Itu kita faham. Tetapi ianya boleh dilakukan di mahkamah dan bukan mencari helah untuk mintak perbicaraan digugur.

Mahkamah boleh dianggap sabar dan seolah-olah membiar Anwar satu-satunya tertuduh yang bebas berkata apa-apa tanpa menghadapi kemungkinan dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Hakikat yang tidak boleh ditolak adalah bahawa ada satu laporan jenayah dibuat ke atas beliau. Pembantu Khasnya telah membuat laporan polis bahawa ia diliwat oleh pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat itu.

Setelah itu, pihak polis telah melakukan penyiasatan. Antaranya menyoal siasat Anwar dan Saiful, melakukan pemeriksaan perubatan, bercakap dengan ramai saksi, dan apa lagi bukti-bukti dikumpul. Ini semua dihantar kepada pendakwaraya untuk menentukan samada ada kes untuk didakwa atau tidak. Tugas polis dan pendakwaraya adalah untuk mendakwa pesalah dan berusaha untuk menghukum pesalah.

Manakala, pihak peguambela berushaa untuk menafikan bukti-bukti polis, mempersoalkan motif, merosakkan kredibiliti saksi, memastikan sebarang keterangan tidak diterimapakai hakim, mengemukakan saksi sendiri, dan lain-lain. Jika dilihat, lebih berat tugas belah pendakwaraya dari peguambela yang kerja untuk pilih mana salah.

Akhirnya hakim yang menentukan samada semua bukti, saksi, motif dan apa fakta-fakta ini betul atau tidak. Kalau hakim sesi bawah tidak memuaskan hati, Anwar boleh peri ke Mahkamah Tinggi atau terus ke mahkamah rayuan dan akhir sekali Mahkamah Persekutuan.

Kalau bawah tak adil, boleh bawa naik ke atas mengikut prosedur-prosedur. Jumlah hakim yang terlibat dalam proses ini adalah hampir lebih kurang 11 orang. Untuk kes liwat dahulu, lebih hakim kerana Mahkamah Persekutuan sudah buat keputusan tetapi melonggarkan untuk membuat Judicial Review. Belum diambilkira begitu ramai peguam terlibat dikedua-dua belah pihak.

Tak perlu untuk kerenah, main wayang, dan drama diluar tetapi tumpukan masa ke dalam mahkamah.

Sepatutnya Mahkamah patut keluarkan gag order ke atas semua pihak dari membuat apa saja pertuduhan terhadap mana-mana pihak melainkan komen mengenai fakta kes saja. Sesiapa yang melanggar, patut sekali dikenakan perintah menghina mahkamah.

11 comments:

  • kuntakinte says:
    June 28, 2009 at 9:33:00 PM GMT+8

    SALAM, BRO, MAHKAMAH KITA SEPATUT TEGAS DALAM APA JUA KES YG HENDAK DI BICARAAN ATAU YANG SEDANG DAN SUDAH DIPUTUSKAN HUKUMANNYA TIDAK DI MAINKAN UNTUK MERACUN RAKYAT KERANA YANG AKHIRNYA KREDIBILIT MAHKAMAH ROSAK SEMATA2 KERANA MAHKAMAH BIARKAN PELIWAT UNDANG2 NEGARA BERMAHARAJALELA....

    AMBIL CONTOH KES MAHKAMAH MENGENAI MB PERAK...SETELAH MAHKAMAH RAYUAN MENOLAK KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI...PUAK2 YANG KALAH MASIH MELAKUKAN SESUATU YANG MENGELIRUKAN RAKYAT MALAH MEMBAWA PERANGAI HARAM JADAH HINGGA KE PARLIMEN MENGENAI BUBAR DUN SEDANGKAN MAHKAMAH 3 PANEL HAKIM TELAH MEMUTUSKAN ZAMBRY MB YANG SAH...TETAPI MAHKAMAH TIDAK PULA MENGAMBIL TIDAKAN PADA MEREKA KERANANMENGHINA MAHKAMAH....

    KALAU ORANG KATA MAHKAMAH KITA SEBUAT INSTITUSI YANG BERTOLERANSI DAN BAIK MEMANG ITULAH SIKAP MAHKAMAH KITA....

    DALAM KES ANWAR HINGGA DIJADIKAN BAHAN TOHMAHAN MAHKAMAH DAN KERAJAAN SEJAK BELIAU DIBEBASKAN, DIJADIKAN SENJATA OLEH PAKATAN PEMBANGKANG DALAM PILIHANRAYA KONONNYA ANWAR DITUDUH LIWAT ATAS KONSPIRASI KERAJAAN DAN UMNO...

    MEREKA BERANI DAN BERTAMBAH BERANI MENGELUARKAN BERBAGAI TOHMAHAN KERANA TIADA PIHAK MAHUPUN MAHKAMAH MENGABIL TINDAKAN UNDANG2 KEPADA MEREKA...JADI SIAPA YANG TAKUT AKAN UNDANG2...SEMUA BERANI MENABUR FITNAH...

    HARAPAN TEMAN MAHKAMAH KALI INI BIAR LAH BERTEGAS ATAS KES YANG BERPROFIL TINGGI MELIBATKAN ORANG POLITIK...JANGAN DIKATAKAN MAHKAMAH KITA PENAKUT....

  • CHAIRMAN KAGA says:
    June 28, 2009 at 11:42:00 PM GMT+8

    Biarlah bertegas,
    Biarlah segala fakta yang dapat menepis kes rapuh pihak pendakwa raya, hakim kata tak relevan,
    Biarlah pihak pendakwa raya cuba mengandai bahawa dsai ni menggunakkan ky jelly kerana setelah dubur sayfool diperiksa oleh pakar liwat (sodomologist) dari hospital kuala lumpur, tiada apa apa kesan luka ataupun tanda tanda yang menunjukkan bahawa dianya diliwat,
    Biarlah hakim lingam yang menjadi hakim kes ni,
    Biarlah kata putus diberi tanpa ada nota nota keputusan,
    Biarlah negara diketawakan oleh seluruh dunia kerana sebagai negara anti liwat wahid didunia,
    tetapi penyudahnya,
    Biarlah puak gerombolan united malays national organization kalah di setiap pilihanraya kecil sehingga dari hari ini hingga ke Parlimen dibubarkan dan kita dapat humban bangkai ameno terus masuk kedalam longkang,
    Dan biarlah DSAI dibebaskan dari penjara dan menjadi Perdana Mentehri Malaysia yang ke 7 seperti Nelson Mandela

  • Anonymous says:
    June 28, 2009 at 11:56:00 PM GMT+8

    Unspinners kepala toya.mcm utusan ja bunyinya.kompang2 biar riuh satu kampung.HIDUP MELAYU.KUOTA BIASISWA TIADA LAGI.HIDUP MELAYU.KALAU PEMBANGKANG BUAT MESTI BALACI DAP.HIDUP MELAYU.MANA PROWARIS, BERAHIM ALI DAN KUMPULAN2 YG SEWAKTU DGNNYA?HIDUP MELAYU.MANA DEMO PELAJAR UiTM?SUDAH 2 KUOTA DIKUBURKAN.HIDUP MELAYU.NAMA NEGARA NI DULU BKN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU KE?

  • Anwar si anjing kurap says:
    June 29, 2009 at 12:19:00 AM GMT+8

    non 11.56 kepala toya hang la bahalol, siapa yang dok melalak macam anjing mintak ketua rakyat?

    Bukan spesis babi macam korang ke? Ni baru sikit la, kalau bapak tiri kau aljuburi tu perintah malaya ni, alamatnya kau isap puting mak kau je la...

  • CHAIRMAN KAGA says:
    June 29, 2009 at 4:49:00 AM GMT+8

    Anonymous 11:56,
    sahlah yang demo tu retorik. sejak bila ameno nak memperjuangkan nasib orang melayu. matematik dan sains depa main bantai letak dalam bahasa inggeris. untuk apa? projek depalah apa lagi. entah berapa ribu juta ringgit depa kebas nak buat projek ajar orang dalam matematik dan sains, tetapi murid murid terus ketinggalaan. ameno ni kita sedar, tiada teloq. apa yang bos kata depa jenis angguk kepala. perjuangan ameno ni hanya untuk cuba meracuni minda orang yang DSAI tu peliwat. tanpa tu, mereka tiada apa apa modal

  • This comment has been removed by the author.
    CHAIRMAN KAGA says:
    June 29, 2009 at 4:51:00 AM GMT+8

    This comment has been removed by the author.

  • CHAIRMAN KAGA says:
    June 29, 2009 at 5:09:00 AM GMT+8

    Anwar si anjing kurap,
    kao tak baca ke komen si pengarang. kalau nak berhujah JANGAN EMOSI.
    Ni mesti dah terasalah.
    MUHAHAHAHHAHAH

  • The Unspinners says:
    June 29, 2009 at 7:15:00 AM GMT+8

    ASAK dan Anon 11:56

    Chairman Kaga betul untuk kata jangan emosi. Tak perlu tuduh dan maki hamun. Harap tak perlu berulang.

    Tak tahu jawab, diam saja. Pasti ada tahu jawapan. Caranya bukan maki hamun dan tuduh melabel.

    Kalau diamati mesej posting ini, apa yang disaranakn adalah bila semua itu lengkap maka adalah proses mahkamah.

    Chairman Kaga tidak boleh harap sebelah pendakwaraya utk berpihak kepada Anwar. Masing2 ada peranan masing2.

    Kalau Kaga persoalkan hakim buat keputusan dalam proses mahkamah yang dia anggap menyebelahi pendakwa, bukankah ini yang dikatakan anwar maksum.

    Anwar saja yang betul dan tidak buat salah.

    Tanggungjawab hakim bukan untuk menyebelah pendakwa atau peguambela tetap[i untuk menentukan perjalanan lahkamah betul dan tidak dijadikan sarkas politik.

    Itu yang anwar mahu lakukan dnegan membawa perkara2 yang tidak ada kaitan dengan kes.

    Pertuduhan mengenai salahlaku anwar menyalahguna kuasa menyuruh polis turnover umi hafilda.

    Satu lagi mengenai salahlaku seks.

    Bukti Anwar hanya teori konspirasi macam cerita penglipur lara Raja Petra yang tidk ada kena mengena dgn kes.

    Augustine Paul ada pakar dalam Law of Evidence dan tulis buku sangat tebal mengenai perkara itu.

    Tak akan kita nak dengar cakap peguambela? Tak akan kita nak dengar cakap mangsa nak cari simpati dan timbukkan kemarahan orang ramai? Tak akan kita nak dengar cakap2 orang biasa?

    Cakap2 biarkan ini hanyalah permainan kata-kata. Kalau diterangkan dan media asing tidak bias kita tak buruk seperti yang dikatakan Kaga.

    Apa salah Anwar jangan memburukkan nama negara dengan membuat pelbagai tuduhan konspirasi terhadap mahkamah, dan pelbagai institusi negara??? Taklah buruk nama negara.

  • TokAyah says:
    June 29, 2009 at 7:52:00 AM GMT+8

    Anwar Anwar habis rakyat hang tipu.....Bertaubatlah. Karpal yang bukan muslim pun tau suruh hang bertaubat. Mujur Karpal tak suruh hang bersumpah dengan Quran.

  • CHAIRMAN KAGA says:
    June 29, 2009 at 9:33:00 AM GMT+8

    He he he
    ok kita teruskan ruang bicara ni. walaupun aku tak setuju langsung dengan cerita The Unspinners, ku respek tetuan, tetap mengarut dengan cara yang bersopan. Ni baru kita boleh panggil orang Melayu bukan macam mamu Parpu tu yang tak berhenti henti mencarut

  • Romah says:
    June 30, 2009 at 10:08:00 AM GMT+8

    Ada laporan polis, ada bukti kes dan ada proses mahkamah, jika orang tertinggi politik masuk campur tak telus jugak jadinya.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)