Wednesday, June 24, 2009

NEWS: Mubahalah tak mahu, Mahkamah pun tak mau

Gambar dipetik dari blog Masterdedah

Berikut adalah laporan mengenai pandangan ulama Mubahalah:

"Sumpah dengan junjung Al Quran untuk tentu kebenaran": Nik Aziz

Bernama, Jumaat, 04 Julai 2008

Kota Baru: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.

"Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mohd Asri supaya kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan "bermubahalah" atau bersumpah.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Asri berkata isu liwat yang membabitkan Anwar sudah semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Manakala Mstar Online melaporkan Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Harussani berkata demikian ketika diminta pendapat beliau tentang cadangan mubahalah (bersumpah) yang dicadangkan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdin semalam.

Katanya lagi, "Setiap keterangan yang diberikan perlu dibuktikan. Jika tiada keterangan untuk dijawab, barulah beliau (Anwar) perlu bersumpah.”

Sebelum ini, Dr. Asri telah menggesa Anwar yang dituduh meliwat kali kedua dan pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya bermubahalah’ atau bersumpah.

Katanya lagi,"Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini ... 'jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya."

Ketika ditanya samada beliau bersetuju atau tidak untuk meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah berhubung dakwaan liwatnya, dia berkata, "Keterangan mesti diberikan oleh orang yang didakwa (Anwar). Apabila sesuatu perkara itu dizahirkan, ia mesti ada bukti.

"Sekiranya tidak ada bukti, barulah diambil pendekatan bersumpah ini,” tambah Dr. Harussani ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Kata Dr. Harussani lagi, Anwar perlu memberi bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak terlibat dengan dakwaan tersebut.

Namun apabila diminta pandangan lanjut, Dr. Harussani berkata, “Saya tak nak komen lagi sebab tak nak terlibat tentang hal ini.”


Beliau menganggap isu liwat ini timbul disebabkan pertelingkahan antara dua parti politik yang berlaku sekarang.

Difahamkan terdapat perbezaan pendapat tentang hukum liwat di negara ini. Ada ulama yang mengatakan sebatan 100 kali rotan dan ada yang berkata tidak pasti. Ini adalah kerana undang-undang Islam di Malaysia hanya merangkumi kes zina sahaja dan bukan kes liwat. - Bernama, Mstar
Anwar sentiasa menuduh mahkamah, polis, pendakwa raya, dan pelbagai institusi kerajaan berat sebelah. Dia tidak percaya dia akan mendapat keadilan dan menjangka akan didapati bersalah.

Setelah membaca laporan di atas, jalan untuk Anwar membersihkan nama baiknya atau mencari penyelesaian masyarakat adalah dengan melakukan Mubahalah. Mengikut Harussani, ia boleh dilakukan jika dia tiada keterangan untuk ditunjukkan.

Oleh kerana pihak Anwar terus melempar pelbagai terhadap Saiful dan dia tidak dapat menunjukkan keterangan selagi mahkamah belum bermula, Saiful telah melakukan sumpah.

Tetapi Anwar masih terus berhelah enggan bersumpah. Kini dia sedang berusaha untuk menghalang perbicaraan dari diteruskan. Nampaknya orang yang didakwa (Anwar) tidak mahu penyelesaian tetapi hanya nak melarikan diri.

Macam mana Nik Aziz, Dr Asri dan Harussani?

3 comments:

  • Jeffry says:
    June 24, 2009 at 11:24:00 AM GMT+8

    AAHH SI ANWAR NI MANGKUK HAYORN..NIK AJIS PUN SAMA..DIA YG MENGAKU SUMPAH TU BETUL TP TAIM JUBURI TU BUAT TAK BETUL, DIA HANGGUK BETUL!..TENGKORAK DIA LERR!!..ITU BKN MURSYID TP MUR"SHITHEAD"!! KEHKEHKEH

  • Amin Baek says:
    June 24, 2009 at 11:28:00 AM GMT+8

    Anwar yg sgt ske berlari....ble tarikh perbicaraan diumumkan,dkt2 time tu la p oversea..haha..kamon a anwar..buat je la sumpah mubahalah if btol ko tak bt..org berilmu sume da membenarkn mubhalah ni..saiful awl2 da buat..so,ble lg anwar???mahkamah buatan manusia leh a lari2..leh demand itu ini,mitk bukti la...mahkamah Allah,tetap menunggu

  • HeroTamil says:
    June 25, 2009 at 2:10:00 PM GMT+8

    Muahahahaha...maap ler...NICKY AZIZ nie aku tak pakai sangat...
    dia imam Agama Walharammu Walhalalku

    Petikan ini SEBELUM Saiful buat sumpah. Sila lihat tarikh petikan kata kata di ambil

    Kota Baru: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.


    Ini pula SETELAH Saiful buat sumpah..

    Nik Aziz berkata perbuatan memegang atau menjunjung Al-Quran sebenarnya adalah perbuatan meniru orang Kristian yang memegang kitab suci mereka.

    "Dalam Islam sesiapapun bebas bersumpah untuk membuktikan dirinya benar tetapi bukanlah dengan memegang kitab suci Al-Quran kerana ia adalah perbuatan orang Kristian yang memegang kitab mereka ketika bersumpah,"

    16 Ogos 2008

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)